Joe Manganiello Bagi Hint Siri Spin-off Deathstroke Di HBO Max?

 Watak Deathstroke lakonan Joe Manganiello mungkin agak kecil dalam filem Justice League. Namun, ianya cukup meninggalkan impak pada penggemar watak berkenaan. Muncul di post kredit filem Justice League pada 2017, watak Deathstroke kemudian muncul di bahagian epilog versi Zack Snyder's Justice League.



Walaupun penampilannya kecil, peminat tahu bahawa ada perancangan besar untuk watak Slade Wilson dalam DCEU dimana Deathstroke akan jadi lawan kepada Batman lakonan Ben Affleck (bukan Robert Pattison ok!). Namun, perancangan itu mungkin tergendala dan tidak dapat diteruskan lagi dengan perancangan WB yang agak mendukacitakan.

Ada spekulasi menyatakan yang dia sedang memberi hint bahawa spin off Deathstroke kini dalam pembikinan. Namun, melihat kepada tweetnya, kelihatan seperti Joe Manganiello sedang mencari sokongan supaya Deathstroke mendapat perhatian sewajarnya. 

Jika #DeathstrokeHBOMax menjadi realiti, maka dapatlah kita tonton watak Deathstroke melawan Batman atau superhero lain. Namun, semuanya adalah kemungkinan sahaja di masa ni. Buat masa ini, para peminat hanya mampu untuk mencipta hashtag sahaja demi untuk menunjukkan sokongan. Selebihnya, semua terserah pada WB.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan