Hashtag #ContinueTheMonsterVerse Trending, Peminat Mahu Lebih Pertarungan Godzilla vs Kong!

 Laman sosial Warner Bros diserang lagi peminat fanatik yang mahukan lebih pertarungan Godzilla dan Kong. Dengan hashtag #ContinueTheMonsterVerse, para peminat menunjukkan keinginan mereka dengan mendesak Warner Bros untuk memenuhi keinginan mereka. Sebelum ini, hashtag #ContinueThe SnyderVerse digunakan untuk filem Zack Snyder's Juctice League.

Ini bukan kali pertama para peminat fanatik menyerang WB. Namun, bukan mudah untuk WB akur dengan permintaan peminat fanatik.

Filem Godzilla vs Kong arahan Adam Wingard ini dilihat sebagai sebuah filem pertarungan dua gergasi yang cukup penting dalam MonsterVerse. Filem Godzilla: King of the Monsters sebelum ini dikritik hebat dan gagal mengaut untung yang memberansangkan. 

Kini, dengan Godzilla vs Kong, francais MonsterVerse bangkit kembali apabila mencatatkan kutipan tertinggi filem blockbuster Hollywood sepanjang era pandemik Covid-19 dengan kutipan melebihi filem Tenet arahan Christopher Nolan.

Setakat ini, Warner Bros tidak ada perancangan untuk masa depan MonsterVerse. Namun, itu tidak bermakna kita tidak akan melihat lagi pertarungan Kong dan Godzilla di masa hadapan. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan