Agamawan Kesal Babak Neraka Di Dalam '18 Puasa Di Kampong Pisang

 Filem terbaru Mamat Khalid, 18 Puasa di Kampong Pisang kini sudah mencatat kutipan yang cukup memberansangkan walaupun hanya ditayangkan di AstroFirst. Dalam masa enam hari sahaja, filem tersebut berjaya mengutip sebanyak RM3 juta. Sesuatu yang sukar berlaku untuk sebuah filem tayangan Astro First.

Filem ini tidak lari dari terpalit kontroversi apabila memaparkan adegan 'neraka' yang tidak pernah ada dalam mana-mana filem Malaysia. 

Menerusi satu tulisan oleh Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan ataupun lebih dikenali Hari Almagribi di laman Mstar, penceramah bebas dan selebriti TV Al Hijrah itu meluahkan rasa kesalnya terhadap paparan neraka di dalam filem terbaru Mamat Khalid ini. 

Jangan jadikan syurga neraka sebagai bahan lawak jenaka. Ini kerana kedahsyatan hari kiamat tidak dapat digambarkan dek akal fikiran. Kita diminta berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

Beliau juga turut memetik bahawa melakonkan babak neraka mahupun syurga di dalam filem adalah dilarang di sisi Islam. 

Larangan melakonkan adegan syurga dan neraka adalah kerana:

1. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tahu keadaan sebenar di dalam syurga atau neraka melainkan Baginda Rasulullah. Oleh yang demikian bagaimana seseorang boleh melakonkan apa yang mereka tidak ketahui.

2. Akan membuka ruang kepada orang yang suka mempersendakan agama dengan mengatakan kalau sebeginilah neraka yang dilakonkan maka tidak menjadi masalah untuk mereka masuk ke dalamnya.

3. Akan hilanglah rasa kegerunan di dalam hati seseorang apabila melihat neraka yang dilakonkan tidak sama seperti yang digambarkan oleh Allah dan Baginda Rasulullah.

18 Puasa di Kampong Pisang ialah sebuah filem yang berkesinambungan daripada Kampong Pisang Bersiri-siri yang disiarkan di AstroFirst. Filem ini ialah antara filem tradisi Mamat Khalid yang diterbitkan sempena Ramadhan selepas 15 Puasa, 16 Puasa dan 17 Puasa.

Tonton review 18 Puasa di Kampong Pisang, subscribe juga ok!

Anda boleh membaca artikel penuh di sini.

Sebenarnya, apa yang digambarkan itu bukanlah neraka. Anda boleh baca huraian babak akhir filem 18 Puasa di Kampong Pisang di sini.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan