Zack Snyder's Justice League Ialah Filem Terakhir Pengarah Itu Untuk DCEU

Para penggemar superhero DC kini berpeluang untuk menonton versi edit semula dengan tambahan babak untuk filem Zack Snyder dalam DCEU, Justice League. Sebelum ini, Justice League diambil alih oleh pengarah The Avengers kerana kematian anak Zack Snyder ketika proses penggambaran filem tersebut. 



Warner Bros dengan kerjasama HBO Max membiayai proses editing semula filem tersebut atas permintaan peminat yang mahukan Snyder Cut. Dan selepas sekian lama, impian penonton tertunai apabila Zack Snyder's Justice League bakal ditayangkan di HBO Max dan HBO Go di seluruh dunia.

Zack Snyder dalam satu temubual menyatakan bahawa merealisasikan Zack Snyder's Justice League satu perkara yang mustahil namun ianya berjaya. 

Listen, as far as I know, this is all you’re gonna get from Zack Snyder’s DCEU,” Snyder said. “The reality is I didn’t think we’d do this [the Snyder Cut release], but stranger things have happened. Let’s put it that way.

Menurutnya, filem ni mungkin satu-satu seumpamanya di dunia dan mungkin selepas ini tiada lagi projek DCEU seperti ini lagi. Warner Bros mungkin akan meneruskan DCEU dengan apa yang ada dan tiada Snyderverse seperti apa yang kita nampak pada permulaan dunia filem superhero DC.

Namun, mana tahu, jika Justice League versi baru ini berjaya, akan ada pula sekuel berdasarkan plot yang diubah ini, kan? 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan