Warner Bros Tidak Mahu Lagi Bikin Filem Superhero Dengan Universe Berkait DCEU

Sebelum ini, ada ura-ura menyatakan yang filem The Flash yang dalam pembikinan akan memadam habis semua Snyderverse yang memulakan DCEU. Kini lebih parah, ada ura-ura menyatakan yang Warner Bros tidak lagu mahu meneruskan hajat membikin filem dalam universe berkait DCEU.

Dengan kehadiran Justice League versi Zack Snyder, para peminat kini mendesak untuk menambah lagi filem-filem dalam dunia semesta berkait arahan Zack Snyder. Namun, para peminat semestinya hampa apabila Warner Bros tidak lagi mahu meneruskan perancangan tersebut walaupun HBO Max bersedia untuk meneruskan projek Snyderverse.

Menurut sumber Mikey Sutton dari Wegothiscovered, dia menyatakan yang Warner Bros tidak lagi meneruskan filem superhero yang berkait antara satu sama lain. 

Going forward, Warner Bros. does not want a connected cinematic universe but it wants to cherry-pick what they feel will sell tickets from Snyder’s theatrical movies.

Jika ini benar, maka DCEU sudah pun menunggu masa untuk retak dan pecah sepenuhnya. Nasib filem-filem dalam DCEU seperti Wonderwoman dan Aquaman mungkin akan terjejas kerana dua filem tersebut berkait dengan universe DCEU.

Apapun, ke hadapan, pastinya Warner Bros ada perancangan yang sudah sedia untuk memenuhkan poket diorang tanpa memikirkan peminat. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan