Warner Bros Tidak Akan Teruskan DCEU SnyderVerse Selepas 'Zack Snyder's Justice League'

CEO WarnerMedia, Ann Sarnoff mengesahkan yang pihaknya tidak akan menyambung SnyderVerse selepas filem Zack Snyder's Justice League. Ini mungkin akan sedikit mengecewakan peminat kerana DCEU bermula dengan filem-filem daripada Zack Snyder. Tanpa Zack Snyder, DCEU tidak akan bermula. 



Perkara ini mungkin akan sedikit mengecewakan peminat yang masih mahukan pelbagai filem yang berkait dengan filem Zack Snyder's Justice League. Ann Sarnoff dalam satu temubual menyatakan yang Zack Snyder's Justice League ialah filem pelengkap kepada trilogy yang dimulakan oleh Zack Snyder. 

I appreciate that they love Zack’s work and we are very thankful for his many contributions to DC. We’re just so happy that he could bring his cut of the “Justice League” to life because that wasn’t in the plan until about a year ago. With that comes the completion of his trilogy. We’re very happy we’ve done this, but we’re very excited about the plans we have for all the multi-dimensional DC characters that are being developed right now.

Keputusan Warner Bros untuk menghentikan penglibatan Zack Snyder dalam francais filem DCEU membuktikan bahawa ada sesuatu diantara mereka dan Snyder. Snyder juga pernah menyatakan yang dia tidak lagi akan membikin filem superhero di masa akan datang namun tidak akan menolak jika ditawarkan filem sedemikian.

Justice League versi Snyder sudah boleh distrim di HBO Go, Astro Go dan Astro On Deman di Malaysia. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan