Rajinikanth Dianugerah Pingat Tertinggi Industri Perfileman Dari Kerajaan India

 Pelakon superstar India, Rajinikanth akan menjadi penerima anugerah Dadasaheb Phalke, pingat tertinggi industri perfileman India. Anugerah itu diberikan kepada pelakon yang berusia 70 tahun itu kerana sumbangannya sebagai seorang pelakon yang dikenali dan disegani serta menjadi ikon rakyat India.



Juri yang memilih selebriti yang bakal dianugerahkan pingat ini termasuklah pembikin filem Subash Ghai, penyanyi latar Asha Bhonsle dan Shankar Mahadevan serta pelakon Mohanlal dan Biswajit Chatterjee.

Pingat Dadasaheb Phalke dianugerahkan kepada penggiat seni perfileman India dan dinamakan sempena pengarah filem Phalke yang mengarahkan filem Raja Harichandra (1913). Raja Harichandra merupakan filem komersial pertama India yang mana pengarahnya turut dinobatkan sebagai bapa perfileman India.

Penerima anugerah ini bakal mendapat wang tunai bernilai INR 1 juta (USD13600).

Pengumuman ini dilakukan oleh Prakash Javadekar, Menteri Penyiaran dan Informasi India di laman twitternya.

Rajinikanth dilahirkan dengan nama Shivaji Rao Gaekwan dan memulakan kerjaya dalam filem pertamanya, Apoorva Rangangal pada tahun 1975. Selepas itu, dia berlakon dalam lebih 160 filem dalam pelbagai bahasa di India. Peminatnya bukan sahaja dari India tetapi dari pelbagai pelusuk dunia.

Sebelum ini, Amitabh Bachchan pernah diberi pingat Dadasaheb Phalke. Shashi Kapoor, Dilip Kumar serta penyanyi latar seperti Lata Mangeshkar dan Asha Bhonsle juga pernah menerima pingat ini. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan