Netflix Beli Dua Sekuel 'Knives Out' Pada Nilai USD450 Juta

Netflix telah melaburkan sebanyak USD40 juta untuk membeli hakcipta filem Knives Out 2 dan Knives Out 3 yang merupakan sekuel kepada filem misteri pembunuhan yang diterbitkan pada tahun 2019. Dua sekuel ini akan mempertemukan kembali pengarah Rian Johnson dan pelakon utamanya, Daniel Craig!



Filem Knives Out berjaya mengutip USD311.4 juta pada bajet hanya sekitar USD40 uta. Malah, pengarahnya juga turut tercalon untuk anugerah Oscar untuk kategori Lakonlayar Terbaik.

Apabila Netflix membeli hakcipta sekuel Knives Out, ini memberi ruang untuk gergasi penstriman itu membina francaisnya yang tersendiri sekaligus bersaing dengan laman penstriman baru seperti Disney Plus dan HBO Max yang menjadi pesaing sengit Netflix. 

Daniel Craig sekarang masih sibuk mempromosikan No Time To Die yang masih ditunda berkali kali kerana Covid-19. Buat masa ini, sinopsis dua sekuel Knives Out masih belum diketahui dan sama ada akan ada tayangan pawagam serentak dengan tayangan Netflix masih belum diketahui. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan