Kenapa Paparan Layar Zack Snyder's Justice League Bentuk Kotak?

 Di era sekarang, agak pelik apabila paparan skrin kotak atau nisbah ratio 4:3 digunakan untuk filem. Di era sebegini, nisbah ratio 16:9 lebih popular kerana menepati paparan skrin tv yang mempunyai layar lebar. Namun, Zack Snyder's Justice League memilih untuk memaparkan filem itu dalam nisbah ratio 4:3 yang nampak seperti filem di era 90an.



Jangan betulkan skrin anda. Ya, ianya akan menyebabkan skrin anda ada bar hitam di kiri dan kanan skrin. Ini ialah sebenarnya kehendak Zack Snyder sendiri. Pengarah itu sebenarnya mahukan versi Justice League dalam paparan sedemikian semenjak pembikinan filem asal lagi.

Paparan Zack Snyder's Justice League tidaklah betul betul kotak. Tetapi, ianya memang nampak macam tu. Jika anda tidak selesa dengan paparan sedemikian, maka anda perlu terima kerana itulah kehendak dan visi pengarah filem ini.

Menurut Snyder, semenjak awal lagi, banyak shot filem ini dirakam dengan format ini di dalam fikiran. Ianya dikhaskan untuk paparan skrin IMAX yang memang selalunya akan lebih besar dari biasa. Namun, apabila ianya ditayangkan di skrin TV, maka ianya cukup pelik. 

Tapi, penonton usah fikirkan pasal ratio tersebut kerana penceritaan Justice League sememangnya sesuatu yang ditunggu tunggu!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan