Filem 'Wonder Woman' Dan 'Aquaman' Di Masa Depan Akan Abaikan SnyderVerse

 Masa depan DCEU kini makin retak apabila Warner Bros dikhabarkan akan terus menjauhkan filem-filem superhero mereka dari saling berkait antara satu sama lain. Perkara ini mungkin akan mendukacitakan para peminat DCEU yang sudah menanti rentak dan kesinambungan universe filem yang bersaing dengan MCU tersebut.

Selepas Zack Snyder's Justice League diterbitkan atas desakan peminat, Warner Bros menyatakan yang Snyderverse sudah pun lengkap dan akan berakhir. 

Menerusi Mikey Sutton yang merupakan tipster kepada Wegothiscovered, dia menyatakan bahawa Warner Bros sedang cuba untuk develop filem Wonder Woman dan Aquaman tanpa ada kaitan langsung dengan SnyderVerse.

Ini mungkin akan mengejutkan para peminat yang lebih gemar filem yang kesinambungan. Menutut Mikey Sutton juga, dua filem superhero ini juga tidak akan direboot dan akan masih berada dalam alur cerita sama tetapi mengabaikan segala event dalam Snyderverse.

The Wonder Woman and Aquaman franchises are not going to be rebooted. They will simply ignore the continuity of the Snyderverse and make no references to them.

Bagi yang menonton Wonder Woman 1984, pasti kita nampak bagaimana kekebasan Patty Jenkins menulis prekuel kepada watak ini seakan-akan tanda kepada perancangan menghilangkan SnyderVerse semenjak sekian lama.

Namun, Warner Bros mungkin lupa risiko dari segi kutipan jika superhero mereka dipisahkan dalam filem-filem seperti filem era 90an dahulu. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan