Filem Terbaru Francais 'The Texas Chainsaw Massacre' Ialah Sekuel Dari Filem Asal

Sudah lama penonton tidak disajikan dengan filem terbaru watak menakutkan lagi menggerunkan, Leatherface. Kini, peminat siri filem The Texas Chainsaw Massacre boleh menarik nafas lega apabila satu perjanjian untuk filem baru siri tersebut kini dalam proses produksi.



Dengan skrip dari Chris Thomas Devlin, filem ini bakal diterbitkan oleh Rodolfo Sayagues dan bakal menjadi kesinambungan yang bakal ditunggu oleh peminat siri filem The Texas Chainsaw Massacre.

Menurut laman Bloody DIsgusting, filem ini sudah disahkan sebagai sekuel yang berkesinambungan daripada filem asal. Ianya akan membawakan watak Leatherface asal yang sudah tua. Menurut penerbit, dia menjelaskan yang filem ini akan ada aura sama seperti filem asal. 

Everything is classic, old school gags. A lot of the approach that we had with Evil Dead – never VFX, to do everything on camera. It’s a very old school approach to filmmaking. Vintage lenses… it’s very similar to the original film.

Setakat ini, proses pencarian pelakon masih berjalan. Filem terbaru Texas Chainsaw Massacre ini memilih untuk mengikut rentak francais filem Halloween yang mana meneruskan kesinambungan filem asal daripada membikin reboot. 
Korang nak layan tak sekuel Texas Chainsaw Massacre ni kelak di pawagam?


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan