Dwayne Johnson Hubungi WB Minta Snyderverse Diteruskan!

 Selepas Zack Snyder's Justice League tiba di pelbagai platform untuk tontonan, peminat DC cuba untuk meminta Warner Bros kekal dengan SnyderVerse. Hashtag #RestoreTheSNyderVerse diperkenalkan dan mereka berharap Zack Snyder dapat meneruskan filem-filem superhero DC di filem akan datang.



Menurut Small Screen, Dwayne Johnson juga turut berada di pihak peminat SnyderVerse dan cuba untuk mempertahankan SnyderVerse daripada dibuang daripada perancangan studio berkenaan. Menurut sumber, Dwayne Johnson menggemari filem Justice League versi Zack Snyder dan menontonnya secara 4 jam terus menerus.

Malah, persahabatan Dwayne Johnson dengan Henry Cavill juga mungkin membuatkan Dwayne Johnson berbuat demikian. Menurut sumber juga, Dwayne Johnson sudah menghubungi pegawai eksekutif Warner Media dan memberitahu hajatnya untuk menghidupkan SnyderVerse.

Tahun depan, Dwayne Johnson bakal muncul dalam filem superhero DC, Black Adam. Namun, usaha Dwayne Johnson untuk terus mengekalkan SnyderVerse tidak pasti akan sampai ke tahap mana. 

Apapun, keputusan Warner Media sukar dijangka. Adakah mereka akan tunduk dengan peminat dan Dwayne Johnson?



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan