Dwayne Johnson Boleh 'Override' Kuasa Eksekutif WB Tentang Isu SnyderVerse

 Dwayne Johnson tidak berpuas hati dengan keputusan WB untuk membatalkan SnyderVerse selepas filem Justice League. Hal ini sekaligus membuatkan Dwayne Johnson bertindak untuk cuba untuk meminta WB menarik balik keputusan tersebut. Dwayne Johnson bakal hadir dalam filem superhero pertamanya untuk DC dan WB, Black Adam.

Sepertimana yang ramai tahu, Black Adam ialah sebuah filem antihero yang mana Dwayne Johnson diberikan sepenuhnya kuasa untuk menghidupkan filem tersebut. WB tidak masuk campur dalam penciptaan filem tersebut kerana kuasa kreatif pembikinan filem tersebut diberikan kepada Dwayne Johnson sepenuhnya.

Menurut sumber, Dwayne Johnson mahu membikin sekuel Black Adam dimana wataknya akan bertembung dengan superhero Justice League. Pembatalan SnyderVerse semestinya sudah merosakkan niatnya ini untuk perancangan besar watak Black Adam.

Apabila Dwayne Johnson mengambil alih sepenuhnya kuasa membikin filem Black Adam, ini bermakna Dwayne Johnson boleh 'override' keputusan pegawai eksekutif WB dalam isu SnyderVerse. 

Apapun, harapnya Dwayne Johnson mampu #RestoreTheSnyderVerse.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan