Ulasan Filem: Unknown Origins (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | David Galan Galindo
Pelakon | Verónica Echegui, Leonardo Sbaraglia, Javier Rey. 

Bagaimana jika sebuah filem thriller digabungkan dengan elemen superhero? Adakah ianya menjadi? So far, aku tak pernah lagi tengok gabungan ni dalam filem-filem Hollywood. Tapi, mungkin kalau ianya terjadi, terlalu banyak perkara yang nak difikirkan. Copyright watak, hakcipta dan juga penggunaan watak superhero dari dua komik besar sudah tentu proses yang sukar.

Tapi, entah kenapa, Unknown Origins berjaya melepasi semua itu. Agak unik dan menarik apabila Marvel dan DC Comic tidak mengambil tindakan kerana menggunakan reference watak-watak mereka dalam filem sebegini. Dan trust me, bila filem ni bermula, ianya cukup mendatangkan keterujaan saat elemen superhero bergabung dengan misi pembunuhan sadis.

Unknown Origins mengisahkan tentang satu siri pembunuhan yang berlaku di sebuah bandar. Uniknya, pembunhan yang dilakukan meniru origin story beberapa watak komik dari Marvel dan DC Comic. Memang agak mengerikan apabila watak penciptaan Hulk dijadikan inspirasi pembunuhan. Malah, asal usul Iron Man pun turut dijadikan satu scene pembunuhan kejam yang unik. 


Permulaan kisah Unknown Origins sememangnya unik. Sebagai penggemar filem superhero, menggabungkan elemen superhero dan thriller boleh diibaratkan sebagai menonton filem Saw dan juga Seven dalam versi segar! Namun, sayangnya, filem yang rancak dengan misteri ini menukar gear ke laluan yang unexpected dan menjadikan filem ni sedikit mengecewakan. 

Entah kenapa, filem ni di pertengahannya bertukar menjadi filem acah-acah superhero origins ala-ala Kick-ass. Elemen ni sememangnya terus memusnahkan thriller yang dibina cantik dari awal. Malah, dengan elemen aksi superhero yang tiba-tiba muncul ni, thrill dan kengerian pembunuhan dalam filem ni bertukar jadi serius kepada kelakar.

Aku tak pasti adakah pengarah sengaja berbuat demikian. Tapi, pada aku, Unknown Origins harus tetap dan kekal sebagai sebuah filem thriller. Filem yang menggunakan sedikit elemen Marvel dan DC Comic dan dilebihkan kepada elemen penyiasatan. Bukannya mengharapkan filem ni menjadi thriller dan origin seorang superhero. 

Apapun, filem ni tetap enjoyful. Cuma, bila kau expect filem ni ada babak twist ending yang hebat dan cantik, ianya akan rasa sedikit mengecewakan. Tetapi, untuk keseluruhan filem, filem ni masih sesuai ditonton. Mungkin di akhirnya, aku akan buang jauh-jauh yang filem ni ialah filem thriller tetapi menganggap filem ni hanya sebagai sebuah filem serius yang cuba untuk menjadi kelakar.

Apapun, Unknown Origins sememangnya sebuah filem yang memang cuba untuk refresh elemen thriller. Bukan sekadar klu yang biasa-biasa, tapi klu pembunuhan kali ni berkait dengan komik. Sudah pasti filem ni akan menarik penggemar komik untuk menonton bagaimana kegilaan pada komik boleh membawa kepada pembunuhan sadis.

Filem ini pada aku menghiburkan. Ianya ialah satu karya yang sangat-sangat baik, tetapi sedikit tersungkur di fasa kedua filem. Sayang sungguh, jika filem ni menitik beratkan elemen thriller dan juga twist ala-ala filem Seven, maybe Unknown Origins akan jadi lebih baik dari sekadar filem serius yang bertukar jadi jenaka.

Pada aku sangat menghiburkan. Pada korang tak tahulah!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan