Ulasan Filem: Freaks - You Are One Of Us (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Felix Binder
Pelakon | Finnlay Berger, Thelma Buabeng, Gisa Flake


Ini ialah sebuah filem bergenre superhero dari German. Semestinya, nampak pada tajuk, macam tak menarik mana. Tapi, aku gagahkan juga menonton sebab aku baru saja lepas tonton Unknown Origins dan berharap filem ni mampu untuk membawa aura yang sama seperti filem superhero thriller yang baru aku tonton tu. Tapi, sayangnya, aku dapati filem ni memang agak lain dari yang lain.

Freaks: You Are One Of Us mengisahkan tentang seorang wanita, Wendy yang mengetahui bahawa dia sebenarnya mempunyai kuasa luar biasa. Hidup Wendy berubah total selepas mengetahui bahawa bukan dia seorang sahaja yang mempunyai kuas luar biasa. Namun, kuasa yang ada pada dirinya akan membuatkan hidupnya berubah. 

Filem ni tidaklah berkisar pasal adiwira yang benar-benar adiwira. Filem ni lebih membawa persoalan tentang bagaimana jika seorang manusia yang mempunyai kuasa berada di dalam dunia sebenar. Dunia dimana superhero dengan suit tidak wujud. Selain tu, filem ni juga berkisar tentang bagaimana seseorang itu menjaga kuasa yang dia ada. Sama ada dia akan jadi jahat atau baik, semuanya atas bagaimana kuas itu dikawal.

Bagi aku, filem Freaks: You Are One Of Us ni memang agak kurang. Pada aku, Freaks gagal untuk memberikan pelbagai aura yang baik untuk menjadikan filem ni hebat. Sepanjang filem, Freaks dilihat berhati-hati dalam olahannya sekaligus menjadikan momentum filem ni agak kurang sampai kepada penonton.

Terlalu banyak elemen yang dibina di dalam filem ni seperti tetapi tidak dikembangkan dengan baik. Dan ianya sekaligus menjadikan banyak plot dalam filem ni terbiar begitu saja tanpa tujuan saat filem ni bergerak ke penghujung. 

Filem ni juga seakan tiada arah tuju. Pada awalnya dikisahkan tentang isu Wendy, kemudiannya ke sebuah organisasi yang bekalkan ubat untuk hilangkan kuasa, dan kemudiannya beralih pula kepada kisah rakan Wendy yang tiba-tiba menjadi jahat sebab dia tidak diterima masyarakat dengan kuasanya. Semuanya macam kesana sini dan tiada arah tuju jelas.

Walaupun filem ni akhirnya membuka kepada lebih peluang untuk sekuel, filem Freaks seakan gagal untuk membuatkan penonton menunggu sekuel filem ni. Penceritaan yang agak membosankan menjadikan Freaks agak kurang meriah dengan babak-babak ala-ala superhero. Mungkin aura sehampir The Boys di Amazon Prime lebih patut diterapkan dalam filem sebegini.

Daripada menonton Freaks, rasanya korang mungkin boleh menonton filem superhero realism yang lebih baik seperti ni seperti Chronicle, Kick-ass ataupun siri Amazon Prime The Boys. Freaks gagal capai aura superhero dalam realiti kerana penceritaan yang terlalu sederhana dan tidak gah. Sayangnya!

Jika filem ni ada sekuel, harapnya filem ni lebih upgradelah. Takdelah nampak macam filem yang nampak macam drama tv je. Sebagai sebuah filem, Freaks harus lebih baik dalam penceritaan dan juga auranya. 

Namun begitu, aku nampak jelas yang Freaks: You Are One Of Us mahu bercerita tentang isu penerimaan masyarakat terhadap golongan istimewa dengan kuasa luar biasa. Jika mereka benar-benar ada, adakah masyarakat akan takut dengan mereka atau akan menerima mereka? Semuanya boleh ditonton di dalam filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan