Ulasan Filem: Guru Guru Gokil (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Sammaria Simanjuntak
Pelakon | Gading Marten, Boris Bokir, Kevin Ardilova, Dian Sastrowardoyo

Dian Sastrowardoyo kini menjadi penerbit untuk filem terbitan sulungnya, Guru Guru Gokil. Gokil dalam Bahasa Malaysia boleh diterjemahkan sebagai gila. Jadi, sebab tu kalau tajuknya versi English ialah Crazy Awesome Teachers. Dah kalau namanya filem pasal guru yang gila-gila? Adakah filem ni memang gila-gila dan cukup lawak?

Guru-guru Gokil ni pada asalnya ialah sebuah filem yang dirancangkan tayangannya untuk pawagam. Namun, disebabkan situasi COvid-19, filem ni tertangguh tayangannya. Dan disebabkan itulah, filem ni terus dibeli Netflix dan ditayangkan di Netflix sebagai Netflix Original.

Aku mengharapkan filem ni lucu dan juga pada masa yang sama mempunyai mesej. Aku berharap yang saat aku menonton filem ni, watak guru tidaklah sekadar dijadikan bahan komedi tanpa memberi layanan sewajarnya kepada watak guru. Dan selepas aku menoton, aku kira yang Guru-guru Gokil ini sampai pada objektifnya tetapi tersangkut di satu dua perkara.

Kisah Guru-guru Gokil bermula dengan watak Taat, anak seorang guru yang disanjungi. Taat ni memang tak suka jadi cikgu. Tapi, disebabkan apa saja yang dia buat selalu gagal, maka akhirnya Taat mohon jadi guru ganti di sekolah tempat ayahnya bekerja. Nak dijadikan cerita, tanggal hari gaji guru, duit guru-guru sekolah dicuri. 


Taat yang pada asalnya hanyalah nak duit gaji semata-mata dan bukannya mahu ikhlas mengajar terpaksa terlibat dalam satu misi khas mencari kembali duit yang hilang demi untuk membayar gaji para guru.

Satu perkara yang aku respek gila pasal Guru-guru Gokil ialah bagaimana paparan guru dalam filem ni yang sangat realistik. Apa yang aku tonton dalam filem ni ialah sisi guru yang nampak sinis tapi benar. Ada watak guru yang suka jual barang, guru yang tak reti make up, dan guru yang memang tak pandai kawal murid. 

Macam macam!

Tapi, elemen realistik ni seakan tenggelam dengan penceritaan filem ni yang pada aku agak sedikit kurang menarik. Sebuah filem yang meletakkan watak guru bercerita tentang sebuah misi mencari pencuri duit gaji, dan aku tak nampak dimana elemen guru dan kelasnya. Watak guru seakan menjadi tempelan kepada sebuah kisah yang watak pekerjaan apa pun boleh buat.

Aku menanti guru sejarah menggunakan ilmunya. Aku juga menanti guru sains mahupun kimia menggunakan ilmunya. Tapi, apa yang aku nampak hanyalah guru yang berfikiran seperti manusia biasa. Di bahagian itulah aku rasa kurang menarik dengan filem ni.

Malah, semakin filem ni menghampiri akhir, watak guru itu seakan-akan hilang. Kita seakan diperlihatkan dengan manusia-manusia biasa yang penuh dengan pelbagai sifat jahat baiknya. Dan saat filem ni diberi tajuk berkenaan guru yang gila-gila, aku juga gagal untuk lihat dimanakah kegilaan guru-guru dalam filem ni.

Walaupun mesej filem ni boleh dikatakan bagus dan baik. Penceritaan filem ni nampaknya ringkas dan tidak too deep dalam kisah seorang guru. Bermula dengan kisah yang enjoyful, filem ni berakhir dengan lewah dan malas. Tetapi, aku berharap Guru-Guru Gokil masih perlu dibesarkan dengan sekuel jika ada.

Dan pastinya harapan aku supaya filem ni menjadi lebih baik dengan watak Taat yang lebih gila-gila.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================


Catat Ulasan

0 Ulasan