TRENDING

Ulasan Filem: Cuties (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Class of '83 (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Atul Sabharwal
Pelakon | Bobby Deol, Geetika Tyagi, Anup Soni, Joy Sengupta

It’s been ages rasanya Bobby Deol tak tampil dengan filem yang best. Rasanya, agak lama menyepi dan kembalinya Bobby Deol ke persada filem ialah melalui filem Race 3. Pelakon yang memang terkenal dengan gaya tarian yang memang kayu habis, sorry! Hahaha! Tapi, lakonannya masih lagi tidak kurang hebatnya. 

Untuk Netflix Original terbitan Red Chillies ni, Class of 83 menampilkan Bobby Deol dalam watak yang memang rare dan unik. Selalunya, kita tonton Bobby Deol dalam filem yang memang penuh dengan tarian dan juga babak aksi ala-ala 90an. Tapi, untuk filem Class of ’83, kita dapat melihat bagaimana Bobby Deol berada dalam sebuah filem yang meminjam style baru Bollywood. 

Bobby Deol sebagai Vijay Singh, seorang ketua di pusat latihan polis. Di sini, Vijay Singh percaya bahawa sistem kepolisan yang sebenar dah rosak dan memang perlukan seorang yang berlagak bukan polis dari kalangan polis untuk mempertahankan keadilan undang-undang tanpa terikat kepada undang-undang itu sendiri. 

Maka, Vijay Singh akhirnya merekrut dalam diam 5 orang anggota polis pelatih dan menjalankan misi menumpaskan penjahat. Malangnya, ideology Vijay Singh dan projeknya ini akhirnya makan diri bila 5 anak muridnya itu menjadi liar dan luar kawalan. 

Class of ’83 bercakap tentang moral dan juga tugas. Kadangkala, kita diberi tugas yang di luar undang-undang demi memartabatkan undang-undang. Selagi kita berada di haluan, kita masih ok. Namun, sekali tersasar, ianya akan merosakkan seluruh perancangan yang kita buat dan harapkan. 

Filem ni sememangnya bercorak slow-burn. Ada aksi di satu dua bahagian tetapi tidaklah segah mana. Cukup sekadar mengisi beberapa momen sepi dalam filem ni. Banyak juga scene yang memang menarik untuk ditonton. 



Sayangnya, seperti filem Netflix Original dengan penampilan pelakon gred A yang lain, filem ni bukanlah milik Bobby Deol sepenuhnya. Filem ni hanya menampilkan Bobby Deol di separuh masa pertama sahaja dengan banyak, dan kemudiannya di pertengahan pula lebih fokus kepada misi 5 rakan sebelum akhirnya muncul Bobby Deol kembali di masa akhir. 

Kemunculan Bobby Deol di skrin sedikit sahaja dan sekadar untuk push lima watak polis terlatih ni yang menjadi perhatian sebenar dalam filem ni. Walaupun lima pelakon yang mennjadi anak didik Vijay Singh ni tidaklah aku kenal mana, lakonan diorang masih boleh dikira terbaik dan memuaskan. Setiap watak mempunyai karakteristik yang berbeza membuatkan mereka berada dalam situasi yang tegang dan cemas. 

Latar masa tahun 1983 nampak dipaparkan dengan props dan juga visual yang sederhana. Lagipun, beza 1983 dan sekarang tidaklah jauh mana. So, feeling 1983 tu ada rasa sedikit sahaja dengan paparan visual dalam filem ni. 

Class of ’83 ialah sebuah kisah tentang umpan makan tuan. Tentang falsafah untuk memartabat undang-undang tanpa melalui undang-undang. Lakonan Bobby Deol yang memang lain macam bila jadi ketua polis cukup enak ditonton. Cuma sayangnya, filem ni bukanlah milik Bobby Deol seorang sahaja. Class of ’83 ialah kisah tentang keadilan. Dan filem ni berjaya memaparkan keadilan pada setiiap watak-wataknya!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Negara Wakanda Diinspirasikan Daripada Malaysia! Ini Buktinya!

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)