TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Sharan Sharma
Pelakon | Janhvi Kapoor, Pankaj Tripahi, Angad Bedi
Selepas gagal untuk ditayangkan di pawagam berikutan penularan pandemic Covid-19, Gunjan Saxena akhirnya memilih untuk ditayangkan di laman penstriman Netflix. Filem yang diinspirasikan dari watak kisah benar ni memang antara karya yang ditunggu. Apatah lagi ianya merupakan sebuah biografi tentang watak tentera wanita yang menjadi pujian ketika perang di Kargil.
Seperti tajuknya, Gunjan Saxena berkisar tentang watak pegawai tentera udara, Gunjan Saxena yang menyertai tentera udara pada 1994 dan terlibat dalam perang Kargil pada 1999. Perjalanan susah payah Gunjan Saxena yang memang bercita-cita hendak menjadi pemandu kapal terbang akhirnya membawa ke jalan yang tidak disangka, menjadi tentera.
Gunjan Saxena ialah sebuah filem yang memaparkan bahawa apa yang kita nak kadangkala akan diberikan dalam cara yang tidak disangka-sangka. Dan kadangkala, impian yang kita nak sangat capai itu akan hadir dengan kesan sampingan yang perlu kita terima dan hadapi.
Perjalanan kisah Gunjan Saxena bermula dari kecil sehinggalah dia dewasa. Perjalanan watak Gunjan Saxena dewasa dilakonkan oleh pelakon Jhanvi Kapoor yang sememangnya mempunyai wajah yang memang nampak seperti wanita kebiasaan. Separuh masa pertama filem adalah lebih kepada kisah peribadi Gunjan, manakala separuh masa kedua adalah ketika Gunjan Saxena memasuki tentera.
Pada aku, apa yang lebih menarik untuk disaksikan dalam filem ni ialah watak ayah kepada Gunjan Saxena. Lakonan Pankaj Tripathi sememangnya menarik dan unik dengan dialog yang low tone dan begitu baik. Sebagai seorang bapa, Pankaj Tripathi berjaya membentuk ikon motivasi dalam filem ni yang juga bukan memberi motivasi kepada Gunjan sahaja, tetapi penonton juga.
Jika dibincangkan tentang plot filem ni, aku rasa filem ni memang sebuah filem yang predictable. Malah, banyak momen dalam filem ni memang tidaklah segar mana. Sebagai sebuah filem adaptasi kisah benar, tak banyak momen twist yang dirasakan. Nampak biasa dan tidak menarik mana. Namun, di separuh masa kedua, elemen perang Kargil dipaparkan dengan menarik sekali.
Usah dianggap filem ni sebagai filem perang. Sebab elemen perang dalam filem ni hanya sedikit sahaja. Filem Gunjan Saxena lebih kepada filem motivasi yang memberikan penonton semangat untuk mengejar apa yang kita impikan. Tidak semua yang kita kejar selalu akan kita dapat dalam cara yang kita inginkan. Itu mesej Gunjan Saxena yang besar.
Pada aku, filem Gunjan Saxena ialah sebuah filem motivasi yang cukup berjaya. Sayang sungguh filem ni tidak berjaya ditayangkan di pawagam. Namun, dengan penontonan di Netflix, filem ni semestinya mencapai tontonan yang lebih luas dan besar dan sekaligus menginspirasikan ramai wanita untuk mengejar impian mereka.
Gunjan Saxena ialah sebuah filem yang mempunyai gabungan lakonan watak yang tidak dinafikan memuaskan. Ianya juga mempunyai momen motivasi yang cukup. Siap sedia juga dengan elemen aksi perang Kargil yang sudah lama kita tak saksikan dalam filem. Ianya sememangnya sebuah filem yang memberikan rasa yang sempurna kepada penonton pelbagai khalayaknya.
Sebuah kisah benar yang cukup menginspirasikan selepas Dangal lakonan Aamir Khan. Pada akulah, pada orang lain, tak tahu.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]
Kabir Bhatia hadir lagi dengan sebuah filem tentang cinta. Pengarah ini diakui sememangnya mampu mengemudi filem bertema ini dengan sempurna. Lihat sahaja Nur Kasih suatu ketika dahulu yang menjadi fenomena. Pulang diinspirasikan dari kisah benar. Justeru, naskah Pulang semestinya mempunya gaya persembahan yang berbeza untuk menjadikannya unik. Artikel ini akan menghuraikan tentang filem ini secara keseluruhannya. Kami akan menghuraikan signifikannya ending filem ini dan kesannya terhadap penonton. Kita juga akan melihat apa yang ingin disampaikan secara tersirat oleh Kabir Bhatia melalui skrip tulisan Mira Mustapha ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR! - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘PULANG’ Kisah Pulang berlatar belakangkan Serkam pada tahun 1939. Di sini, kita diperkenalkan dengan watak Othman yang mana menjadi nelayan dan menjual ikan. Digambarkan Othman sememangnya digemari gadis
Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?
Baba Yaga! Tentu korang pertamakali dengar berkenaannya dalam filem John Wick. Dalam filem tersebut, John Wick diibaratkan sebagai Baba Yaga. Kini, jenaka Baba Yaga kembali lagi dalam Ant-man and the Wasp. Di dalam filem ini, watak Kurt membandingkan kekuatan dan kehebatan watak Ghost seperti Baba Yaga. Bagi yang tak pernah dengar lagenda Baba Yaga, jenaka ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem John Wick. Tidak! Baba Yaga yang dimaksudkan tidak memparodikan John Wick. Baba Yaga ialah lagenda yang benar. Nah, kami kisahkan. Baba Yaga ialah makhluk yang dipercayai ada dalam lagenda cerita rakyat Rusia. Dia juga dikenali sebagai Baba Yaga Boney Legs. Ianya muncul dalam cerita rakyat dan digambarkan mempunyai gigi besi, boleh terbang, suka duduk di dalam lesung kayu dan kuat makan. Namun, rupanya berbeza-beza daripada cerita ke cerita. 'Baba' dalam bahasa Slavic bermaksud 'nenek' manakala 'yaga' bermaksud ketakutan. Lagenda Bab
10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]
Munafik 2 menampilkan ayat-ayat ruqyah yang digunakan oleh Syamsul Yusof dalam setiap dialognya. Ayat-ayat ini sebenarnya boleh digunakan sebagai pendinding dalam kehidupan seharian kita. Berikut ialah senarai ayat Al-Quran yang digunakan dalam filem ini seperti yang ditulis oleh Oh Media! 1. Al-Baqarah, ayat 148 2. Al-Hijr, ayat 35 3. An-Nur, ayat 21 4. Aaraf, ayat 117-123 5. Al-Israa, ayat 82 6. Asy Syu’araa, ayat 80 7. Taha, ayat 68-70 8. Yunus, ayat 81-84 9. Ayatul Kursi 10. Al-Hasyr, ayat 21 Namun, Syamsul Yusof menasihatkan supaya berhati-hati menggunakan ayat Al-Baqarah ayat 148 kerana ianya ialah ayat yang sangat kuat. Al Baqarah 148 tu sy mohon berhati2 jika digunakan sewaktu Ruqyah org.Silap2 jin dlm badan boleh respon.Serious. https://t.co/xnrUZReym5 — Syamsul Yusof (@SyamsulYusof84) September 1, 2018 Munafik 2 kini di pawagam! LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Comments
Post a Comment