TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Pengarah | Spike Lee
Pelakon | Delroy Lindo, Jonathan Majors, Clarke Peters, Norm Lewis
Kau tahu, sebenarnya, aku memang takde hati pun nak layan filem ni. Theme tentang askar di Vietnam, pasal mengenang kembali era kekalahan perang Vietnam, semua theme ni macam boring bagi aku. Cukuplah Rambo sahaja membawa isu ni ke dalam filem. Sampai bila Hollywood nak buktikan yang kekalahan mereka di Vietnam bukannya satu kemenangan yang boleh dipaparkan di dalam filem?
Tapi, aku kasi can jugaklah. Beranikan diri menonton filem Spike Lee ni. Atas nama pengarah inilah asbab aku melayan filem ni. Dan, what the heck! Ini filem memang mantap beb. Memang rare dan cukup luar biasa. Pada awal filem, ianya nampak macam biasa-biasa, tapi bila kau tungu je pertengahan filem, memang padu beb!
Da 5 Bloods merupakan filem yang menggabungkan banyak pelakon kulit hitam. Dari Delroy LIndo, Jonathan Majors, sehinggalah raja Wakanda, Chadwick Boseman, semuanya ada. Dan paling unik, ini kisah askar veteran yang memang agak rare. Selalunya, kebanyakan filem pasal Vietnam pasti akan ada perperangan, tapi ini tak.
Da 5 Bloods mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan askar veteran yang kembali ke Vietnam untuk mendapatkan dan mencari harta emas yang pernah mereka sembunyikan ketika Perang Vietnam dahulu. Sayangnya, pencarian emas mereka menjadi agak bermasalah apabila rakan sekumpulan mereka, Norman terbunuh suatu ketika dahulu dan dia sahaja yang ingat lokasi tersebut.
So, askar veteran yang masih ada ni masuk ke hutan, dengan beberapa klu yang ada dengan bantuan seorang lelaki Vietnam. Berjaya ke diorang dapatkan emas yang sudah lama tertanam di dalam hutan yang penuh dengan perangkap samar? Itu yang korang kena tonton.
Filem ni memang best! Sebagai seorang penonton, aku memang terkejut gila dan tergamam bila filem ni berkembang sampai ke hujung filem. Aku tak expect, untuk sebuah filem yang terisi watak-watak orang tua veteran ni dipenuhi dengan babak yang cukup ngeri dan juga ganas. Ada babak letupan perangkap samar dan pelbagai perkara yang unexpected kot dalam misi diorang nak bawa balik emas ke negara diorang.
Misi bawa balik emas ni tiba-tiba mengingatkan aku kepada filem lakonan Ben Affleck, Triple Frontier. Tapi, kali ni, settingnya lain. Itu saja.
Tidak dinafikan, gabungan pelakon veteran dalam filem ni memberikan aura yang lain macam untuk sebuah filem berlatar belakangkan Vietnam. Dengan penceritaan yang tidak serabut dan ringkas, Da 5 Bloods berjaya menggambarkan kesan perang Vietnam bukan secara terang, tetapi secara dalaman di hati setiap rakyat Amerika.
Da 5 Bloods ialah sebuah filem Spike Lee yang berbisa dan mantul! Ianya sebuah penceritaan berlatarkan kesan perang Vietnam yang cukup jujur dan jelas. Tiada idea tentang Amerika adalah yang terbaik di dalam filem ni. Itu aku suka. Tiada aura yang mempromosikan Amerika sebenarnya ‘menang’ dalam perang Vietnam!
Semuanya ialah filem yang jujur, ringkas dan unik. Cuma, kalau korang tak suka adegan letupan, manusia berkecai dan juga seangkatan, mungkin korang perlu fikir dua kali untuk tonton filem ni.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]
Kabir Bhatia hadir lagi dengan sebuah filem tentang cinta. Pengarah ini diakui sememangnya mampu mengemudi filem bertema ini dengan sempurna. Lihat sahaja Nur Kasih suatu ketika dahulu yang menjadi fenomena. Pulang diinspirasikan dari kisah benar. Justeru, naskah Pulang semestinya mempunya gaya persembahan yang berbeza untuk menjadikannya unik. Artikel ini akan menghuraikan tentang filem ini secara keseluruhannya. Kami akan menghuraikan signifikannya ending filem ini dan kesannya terhadap penonton. Kita juga akan melihat apa yang ingin disampaikan secara tersirat oleh Kabir Bhatia melalui skrip tulisan Mira Mustapha ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR! - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘PULANG’ Kisah Pulang berlatar belakangkan Serkam pada tahun 1939. Di sini, kita diperkenalkan dengan watak Othman yang mana menjadi nelayan dan menjual ikan. Digambarkan Othman sememangnya digemari gadis
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?
Baba Yaga! Tentu korang pertamakali dengar berkenaannya dalam filem John Wick. Dalam filem tersebut, John Wick diibaratkan sebagai Baba Yaga. Kini, jenaka Baba Yaga kembali lagi dalam Ant-man and the Wasp. Di dalam filem ini, watak Kurt membandingkan kekuatan dan kehebatan watak Ghost seperti Baba Yaga. Bagi yang tak pernah dengar lagenda Baba Yaga, jenaka ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem John Wick. Tidak! Baba Yaga yang dimaksudkan tidak memparodikan John Wick. Baba Yaga ialah lagenda yang benar. Nah, kami kisahkan. Baba Yaga ialah makhluk yang dipercayai ada dalam lagenda cerita rakyat Rusia. Dia juga dikenali sebagai Baba Yaga Boney Legs. Ianya muncul dalam cerita rakyat dan digambarkan mempunyai gigi besi, boleh terbang, suka duduk di dalam lesung kayu dan kuat makan. Namun, rupanya berbeza-beza daripada cerita ke cerita. 'Baba' dalam bahasa Slavic bermaksud 'nenek' manakala 'yaga' bermaksud ketakutan. Lagenda Bab
Ulasan Filem: Boboiboy The Movie 2 (2019)
Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Nizam Razak Pelakon | Nur Fathiah Diaz, Nizam Razak, Fadzli Mohd Rawi Memang tak dinafikan, bila dengar je Boboiboy, pasti ramai yang menyangkakan watak ini hanya untuk kanak-kanak je. Filem sekuel kepada filem pertama yang terbit pada 2016 yang lalu ini nampaknya sebuah kebangkitan. Banyak perkara yang dah dibaiki. Tidak hairanlah, filem ni berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta filem tempatan. Korang tak perlu nak jadi penonton siri tv Boboiboy untuk melayakkan korang layan filem ni. Kau datang bawa otak kosong dan tak tahu langsung pasal Boboiboy dan juga musim-musimnya di tv pun, kau akan boleh layan. Ianya mungkin ada kaitan dengan siri tv, terutamanya untuk background character, tapi, plot filem ni berdiri dengan sendirinya. Alkisah Boboiboy The Movie 2 mengisahkan bagaimana Rentak’ka, yang merupakan penguasa asal kuasa elemental yang dimiliki Boboiboy memburu Boboiboy untuk mendapatkan kembali kuasanya. Kisahnya memang l
Comments
Post a Comment