Ulasan Filem: Bulbbul (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Anvita Dutt
Pelakon | Tripti Dimri, Avinash Tiwary, Paoli Dam, Rahul Bose

Netflix India tampil dengan sebuah lagi filem seram berkonsep era lama, Bulbbul. Selepas menonton filem ni, aku rasa macam feeling déjà vu. Tapi, takpe. Nanti aku kisahkan macam mana pengalaman aku menonton filem pertama terbitan produksi Anushka Sharma yang sememangnya agak terkenal dalam membikin filem fresh. Bulbbul fresh ke? Hah, baca selanjutnya. 

Ditulis dan diarahkan oleh Avinta Dutt, filem yang diterbitkan oleh Anushka Sharma ini membariskan pelakon seperti Tripti Dimri dalam watak utama. Theme filem ni memang rare. Itu aku setuju. Agak jarang untuk sebuah filem Bollywood menampilkan kisah perkahwinan antara orang dewasa dengan budak-budak. Ianya mungkin agak janggal, tapi memang ada budaya di sana yang mengamalkannya.


Bulbbul mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bulbbul yang ditakdirkan berkahwin di usia 5 tahun dengan Bado Thakur. Bado Thakur ada seorang kembar yang juga meminati Bulbbul. So, ada konflik berkalu apabila akhirnya terjadi satu insiden sehinggakan terjadi satu siri pembunuhan selepas 20 tahun perkahwinan dimana Bulbbul sudah meningkat dewasa.

Filem ni mendapat kritikan dan pujian kerana kerja visualnya dan juga persembahan lakonan Tripti Dimri yang sememangnya menarik. Jarang kita lihat filem Bolllywood untuk Netflix Original tampil dengan idea yang sebegini. Pemilihan Anushka Sharma untuk menerbitkan filem yang menggabungkan kisah dongeng dan mistik ni memang mengubah lanskap filem Netflix Original dari India.

Filem ni pada aku memang enak dilayan bagi penggemar filem misteri dan juga yang mengharapkan twist di akhir filem. Filem ni memang penuh dengan teka-teki dan sekaligus mengajak para penonton untuk turut sama menyiasat siapakah dalang di sebalik pembunuhan yang terjadi.

Dari segi level kengerian, filem ni memang ada elemen darah. Tapi, babak mengerikan ada di satu dua bahagian tetapi tidaklah banyak. Namun, korang perlu expect yang filem ni agak ganas dan memerlukan bimbingan dewasa jika ada kanak-kanak menontonnya. Kalau tengok pada themenya pun, perlu ada penjelasan juga kepada culture perkahwinan dan budaya yang dipaparkan.

Lakonan Tripti Dimri sememangnya cemerlang dan menarik untuk ditonton. Ditambah pula dengan suasana zaman era klasik, Bulbbul berjaya memberikan rasa dan aura kuasa wanita yang jelas. Pada era dimana lelaki lebih berkuasa daripada kaum hawa, watak Bulbbul jelas menampilkan satu aura penentangan dan menjadikan kuasa wanita sebagai sudut pandang filem ni.

Pada aku, Bulbbul ialah sebuah filem supernatural yang boleh dikatakan enak bagi sebuah filem dari Netflix Original. Kalau filem ni dirancang untuk pawagam, semestinya Bulbbul akan lebih gah dengan durasinya yang lebih panjang. Namun, untuk sebuah persembahan di layar kecil, Bulbbul kelihatan sangat besar dan menarik.

Sebuah filem yang memang mantap dan kita memerlukan filem sebegini lagi dari Netflix India. Tanpa lagu dan tarian, Bulbbul menyerlah dan memberikan persembahan yang selayaknya untuk tatapan penggemar penstriman Netflix.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan