Ulasan Filem: Raat Akeli Hai (2020)




Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Honey Trehan
Pelakon | Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Shweta Tripathi

Nawazuddin Siddiqui mungkin antara pelakon Bollywood yang kurang nampak di layar filem Bollywood biasa. Lakonannya yang bersahaja dan tiada aura wajah sehensem Salman Khan mahupun Shah Rukh Khan menyebabkan pelakon ni sering memainkan watak sampingan je dalam kebanyakan filem Bollywood. 

Namun, di era Bollywood yang mahukan filem yang luar kotak dan tidak terikat dengan elemen pelakon gred A sahaja, Nawazuddin Siddiqui antara pelakon pilihan mereka. Netflix semestinya antara yang suka memberikan ruang pelakon sebegini untuk menghiasi filem Netflix Original mereka. Dan dari Bollywood, ada Raat Akeli Hai.

Diterbitkan oleh Abhishek Chaubey dan Ronnie Screwvala, Raat Akeli Hai ialah sebuah filem yang menampilkan kisah yang mirip filem Hollywood seperti Knive Out, Murder on the Orient Express dan juga paling dekat, Sherlock Holmes. Filem Raat Akeli Hai berentak misteri dengan penceritaan yang perlahan dan membuatkan penonton tertunggu tunggu.


Secara ringkasnya, filem ni berkisar tentang kematian seorang lelaki yang merupakan anggota keluarga tertua dalam hierarki sebuah rumah agam. Inspektor Jatil Yadav (Nawazuddin Siddiqui) menyiasat kes ni dan paling tak disangka, kisah kematian dalam rumah agam itu akan membawa kepada sebuah kisah lama yang terungkit kembali. 

Bagi yang merasakan filem ni bergerak seperti filem tipikal Bollywood, korang mungkin kena letak tepi persepsi tu. Filem ni berurasi 2 jam lebih, tetapi tiada satu pun babak yang dipenuhi dengan lagu dan tarian. Filem Raat Akeli Hai memang sepenuhnya berentak thriller misteri yang memang memerlukan korang memerhatikan detail untuk menjawab siapa yang bersalah membunuh. 

Walaupun filem ni, pada akulah, agak slow burn, korang memang perlu menunggu untuk twist di hujung filem. Semestinya, dalam filem yang memjurus kepada persoalan siapa yang bunuh watak itu memerlukan korang sabar menanti jawapan yang akan dihidangkan di hujung filem. 

Lakonan Nawazuddin Siddiqui tidak dinafikan memang cemerlang. Lakonannya yang unik menjadikan watak Inspektor Jatil Yadav mempunyai kredibiliti dan aura yang memang sukar untuk diungkapkan oleh pelakon lain. Radhika Apte pula sebagai pelakon fevret yang sudah banyak membintangi filem Netflix Original dari India sentiasa memberikan persembahan yang memuaskan. 

Raat Akeli Hai sememangnya sebuah filem yang berjaya membuatkan penonton berteka-teki dalam simpang siur puzzle yang cukup menarik untuk ditonton. Dengan sedikit sahaja rencah cinta yang memang sederhana dan cantik disulam, Raat Akeli Hai sememangnya mempunyai aura Hollywood yang jarang ada dalam filem Bollywood.

Ianya ialah sebuah filem yang well-made untuk genre who-dunnit a.k.a thriller mystery ala-ala Murder on the Orient Express. Agak rare untuk sebuah filem sebegini wujud dalam dunia Bollywood. Namun, ianya sebuah kejayaan apabila Netflix Original dari India yang sering tampil dengan filem biasa-biasa.

Raat Akeli Hai memang luar biasa dari segala sisi. Dari pengarahan, mahupun lakonan, ianya sebuah filem yang cukup memuaskan untuk dinikmati.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan