TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Barbara Bialowas, Tomasz Mandes
Pelakon | Anna-Maria Seklucka, Michele Morrone, Bronislaw Wroclawski
Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey yang memang dah langgar norma seksualiti manusia biasa tu ditolak ke satu lagi tangga. Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey dibikin sebagai sebuah kisah yang berani dan tidak pula diklasifikasikan sebagai pornografi, tetapi sebuah filem dengan elemen dewasa yang berani? Nah, semestinya ianya menjadi kontroversi bukan?
Itulah yang kononnya cuba dibuat oleh filem 365 Days. Filem yang dibangkang dan dikecam oleh ramai penonton ini semestinya mempunyai promosi murahan. Malah, ianya upgrade Fifty Shades of Grey yang melampau dan tidak mampu pun untuk naik setaraf dengan filem lakonan Dakota Johnson dari segi penceritaannya.
Diadaptasi dari pada novel pertama dalam trilogi bertajuk sama tulisan Blanka Lipinska, 365 Days tidak dapat dinafikan merupakan antara impak novel Fifty Shades of Gredy di luar Hollywood. Kehadiran naskah sebegini di Poland akhirnya membuatkan penerbit filem di sana memilih untuk mengadaptasi filem ni ke layar perak.
Sayangnya, 365 Days tidak mampu untuk memberi nikmat yang baik dari segi penceritaannya. Penceritaan 365 Days sangat lemah dan cukup memualkan. Ianya tidak cukup kuat untuk dijadikan hamparan kepada adegan seksual yang bakal disajikan dalam ni.
Entah kenapa, aku melihat pengarah filem ni lebih menekankan adegan seksual dalam filem ni daripada ceritanya. Dengan kisah yang tak berapa nak kemas, filem ni tidak dinafikan mempunyai adegan seksual yang Hollywood pun tak mampu nak bikin. Mungkin undang-undang di Poland tidak seketat Hollywood sehingga apa yang dimuatkan dalam filem ni kelihatan jijik dan seolah-oleh menonton filem porno!
Selain adegan seksualnya yang melanggar norma filem Barat, 365 Days juga memaparkan elemen dan tema yang tidak berapa sesuai dengan kehidupan. Kisah seorang wanita yang dipaksa untuk jatuh cinta dengan penculik sememangnya tidak digemari oleh ramai penonton termasuk aku sendiri yang merasakan ianya agak melampau.
Tidak ada mesej yang jelas kenapa filem ni diterbitkan. Lakonan dahlah kayu. Dengan style lakonan lagak-lagak macam Fattah Amin di era awalnya. Kemudian, dubbing filem ni tak ubah macam filem 90an. Terlalu jelas dubbingnya dan cukup mengganggu tontonan sepanjang filem. Nak kata filem ni filem dubbing translate pun tak. Tapi, cukup mengganggu!
Mungkin 365 Days ni cukup berani, dan ianya juga menyebabkan ramai minta Netflix tarik filem ni kerana bimbang theme yang ditayangkan akan mengundang kesan sosial yang tak baik. Tapi, apapun yang disajikan dalam filem 365 Days adalah lebih kepada jurisdiction korang sebagai penonton. Sebagai penonton dewasa, fahami sisi baik buruk filem ni kalau nak tonton.
Semestinya filem ni tidak sesuai langsung untuk tontonan yang tidak selesa dengan genre sebegini. Walaupun ianya dikatakan sebagai filem ala-ala Fifty Shades of Grey, filem ni sememangnya filem tangkap tiru theme seksual yang sangat teruk. Tak ubah macam sebuah filem cheap yang bergantung harap pada adegan seksual.
Jika filem ni ada filem kedua pun, sebab filem ni sebenarnya belum habis lagi, ianya cukuplah untuk masuk Netflix. Kalau masuk pawagam, semestinya bukan di Malaysia, tak pastilah filem ni bakal buat orang bakar panggung ke tak.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Kod Netflix Untuk Setiap Genre
Taip: http://www.netflix.com/browse/genre/### Gantikan ### dengan kod berikut. Action & Adventure: 1365 Action Comedies: 43040 Action Sci-Fi & Fantasy: 1568 Action Thrillers: 43048 Adult Animation: 11881 Adventures: 7442 African Movies: 3761 Alien Sci-Fi: 3327 Animal Tales: 5507 Anime: 7424 Anime Action: 2653 Anime Comedies: 9302 Anime Dramas: 452 Anime Fantasy: 11146 Anime Features: 3063 Anime Horror: 10695 Anime Sci-Fi: 2729 Anime Series: 6721 Art House Movies: 29764 Asian Action Movies: 77232 Australian Movies: 5230 B-Horror Movies: 8195 Baseball Movies: 12339 Basketball Movies: 12762 Belgian Movies: 262 Biographical Documentaries: 3652 Biographical Dramas: 3179 Boxing Movies: 12443 British Movies: 10757 British TV Shows: 52117 Campy Movies: 1252 Children & Family Movies: 783 Chinese Movies: 3960 Classic Action & Adventure: 46576 Classic Comedies: 31694 Classic Dramas: 29809 Classic Foreign Movies: 32473 Classic Movies: 31574 Classic Musicals: 32392 Classic Romanti
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]
Munafik 2 kini menjadi sebuah fenomena selepas menjadi antara filem paling laju mengumpul lebih RM20 juta dalam masa hanya 5 hari. Munafik 2 ialah sekuel kepada filem Munafik yang diterbitkan pada tahun 2016. Filem ini dibintangi oleh Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Maya Karin, Asmawi Ani dan juga Nasir Bilal Khan. Artikel ini akan membincangkan inti di sebalik filem ini mengikut pemahaman penulis. Disebabkan filem ini mempunyai isu berkaitan agama, beberapa point yang akan dihuraikan hanyalah dibincangkan secara ringan dan bukannya dalam. Kami juga akan melihat bagaimana filem ini boleh membawa kepada sekuel seterusnya, Munafik 3. Ambil maklum bahawa post ini mengandungi SPOILER MAJOR. Korang tak digalakkan membaca artikel ini jika masih belum menonton filem ini. - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘MUNAFIK 2’ Ustaz Adam (Syamsul Yusof) masih dihantui kejadian di akhir filem Munafik. Dia selalu mendapat mimpi kematian Ma
Gambar Pelakon Daniella Sya Dalam 'KL Gangster: Underworld'
Iflix bakal menyajikan konten siri Bahasa Melayu original pertamakalinya melalui siri tv KL Gangster: Underworld. Siri tv yang mempunyai enam episod itu bakal dibintangi pelbagai nama besar seperti Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Dynas dan ramai lagi. Ianya diarahkan oleh Syafiq Yusof (KL Special Force) dan Faisal Ishak (Juvana) dan skripnya ditulis oleh Nazri Vovinski Anuar. Antara yang menarik perhatian ialah pelakon Daniella Sya yang tampil dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan bahagian perutnya. Daniella Sya sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Miss Kapten Cikgu Waiz yang disiarkan di TV3. Nama penuh Daniella Sya ialah Daniella Sya Yeng Yeng. Dilahirkan pada 8 Ogos 1988 di Kedah dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lumpur, pelakon ini aktif berlakon dalam pelbagai drama tv dan filem. Selain berlakon, dia juga ialah model dan DJ bagi pelbagai stesen radio seperti Lush 99.5FM, Red FM dan Lite FM. Kerjaya Daniella Sya bermula semenjak
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Comments
Post a Comment