Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Fajar Bustomi, Pidi Baiq
Pelakon | Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Adhisty Zara, Yoriko Angeline

Selepas bermula dengan Dilan 1990 pada 2018, kisah percintaan Dilan dan Milea disambung ke dalam filem Dilan 1991. Kedua-dua filem ini sebenarnya sudah lengkap. Sudah bermula dan berakhir dengan baik. Sudah ada jalan cerita dan romantis yang sama taranya dengan aura filem Ada Apa Dengan Cinta dahulunya. Tapi, kenapa perlu ada Milea? Kenapa perlu ada filem ketiga jika dua sudah cukup?

Milea ni boleh dibaratkan sebagai extended version kepada dua filem sebelumnya. Filem ni tidak ada naratif baru. Jangan harapkan filem ni tampilkan kesinambungan kisah cinta Dilan-Milea seperti dua filemnya. Ianya hanyalah sebuah filem yang bercerita dari kisah Dilan 1990 hingga 1991, tetapi kali ini dari sudut pandang Dilan terhadap Milea.

Ertinya, kita akan dibawa menyusuri filem Dilan 1990 dan juga 1991 tetapi dengan pemahaman yang lebih luas. Segala persepsi kita terhadap Dilan yang selalu diburuk sangkakan mungkin akan dibetulkan tanggapannya di dalam filem ni. Malah, beberapa babak yang tidak lengkap huraiannya di dalam dua filem sebelumnya dihuraikan di dalam filem ni.

Milea hanyalah pelengkap. Tetapi, ianya bercerita sebagai sebuah filem yang cuba terampil memberikan emosi yang baru. Kalau sebelum ini kita diperlihatkan tentang perspesi wanita terhadap lelaki, maka Milea menghuraikan sebaliknya.

Lakonan Iqbaal Ramadhan dan gandingannya, Vanesha Prescilla sememangnya cocok banget. Gandingan dua pelakon muda ini berjaya memberikan rasa dan penutup yang baik buat trilogy Dilan. Walaupun aku rasakan Milea ini hanya sekadar sebuah filem extra yang tak perlu ada, rasanya Milea cukup untuk menunaikan permintaan peminat yang masih mahukan filem terakhir dalam naskah percintaan mereka.

Terlalu banyak babak recycle dari filem pertama dan kedua mungkin menjadikan filem ni tidaklah begitu baik dalam triloginya. Sebagai filem yang dijadikan pelengkap, Milea berjaya sebagai sebuah naskah pelengkap, tetapi tidak gah dalam naratif original dan juga penceritaannya. Rasa yang dilontarkan melalui penceritaan Dilan juga rasa kurang baik dari naratif Milea dalam dua filem sebelumnya.

Visual filem ni juga kelihatan biasa-biasa dan tidak seindah dua filem pertama. Mungkin filem ni mempunyai rasa yang lain sikit dari pandangan visual. Entah kenapa, rasa dan aura visual filem ni agak kurang mantap. Tetapi, ianya masih enak untuk dinikmati buat penggemar filem. Just kurang sikit je.

Pada aku, Milea ialah penutup trilogi Dilan yang mahu membuang beberapa persepsi dan lalu melengkapkan beberapa penceritaan dari filem pertama. Mungkin filem ni nampak tak penting pun. Lagipun, awal dan akhir filem ni sudah ada di dua filem sebelumnya. Setakat nak extend satu dua babak kehidupan diorang, nampak agak dipaksa ceritanya gitu!

Apapun, Milea menjanjikan penghujung kisah Dilan dan Milea yang memuaskan. Seperti dua filem pertamanya, ianya tetap akan diminati dan tetap ditonton untuk beberapa kali bagi melengkapkan kesudahan trilogi

Sebuah filem yang menutup trilogy, sekadar menutup sahaja. Tidak ada yang luar biasa, tetapi cukup indah sebagai peminat kisah cinta Milea dan Dilan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan