TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Forensic (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Akhil Paul & Anas Khan
Pelakon | Tovino Thomas, Mamta Mohandas, Reba Monica John

Bayangkan jika sebuah filem seakan-akan CSI digabungkan dengan elemen dan gaya penceritaan filem Tamil? Memang agak rare bukan. Bukannya nak kata yang filem India ni takde genre sedemikian. Tapi, sebuah filem yang fokus pada elemen forensic semata-mata rasanya masih belum ada lagi. Jadi, Forensic ialah sesuatu yang harus ditonton.

Forensic ialah sebuah filem berbahasa Malayalam yang sememangnya memberikan pengalaman menonton filem thriller yang biasa dan tidak ubah seperti filem thriller lain. Elemen twist dan juga penceritaan sememangnya menegangkan. Ianya filem yang hebat dan tahu apa yang penonton mahu.

Kalau nak kata filem Forensic ni memang betul-betul terapkan elemen forensic, rasanya tak kot. Bagi aku, filem ni ialah sebuah filem pembunuhan dan misteri yang mempunyai konsep dan penceritaan yang sama dan cliché. Tapi, sebagai sebuah filem Malayalam, ianya memang menarik untuk ditonton terutamanya bagi penggemar filem dari India.

Filem Forensic ini mengisahkan bagaimana seorang pegawai forensic cuba untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang tidak dapat dipastikan pembunuhnya siapa. Dari awal filem sehinggalah akhir, kita dibawa dengan teka-teki siapakah yang menjadi pembunuh sehinggalah ianya dijawab pada akhir filem.

FIlem ini bermula dengan babak pembukaan yang sememangnya meloyakan tekak. Tapi, ianya cukup untuk memberikan gambaran terhadap watak yang bakal dirahsiakan sepanjang filem ni. Sememangnya bahagian pembukaan filem ni jauh daripada plot utama, tetapi menjadi elemen penting yang digabungkan di hujung filem.

Walaupun elemen forensic dalam filem ni seakan kurang ditekankan dengan teliti, aku rasa ianya tetap usaha yang bagus. Forensic bukanlah sebuah filem yang terlalu berceramah tentang dunia penyiasatan forensic. Ianya cukup sekadar memberi beberapa teknik ringkas dalam pengkajian sains forensic dengan gaya santai dan selebihnya ialah hiburan thriller.

Checkout Youtube admin, dan jangan lupa Subscribe ok!
Forensic bergerak dalam penceritaan yang sengaja disepah-sepahkan. Sepanjang filem ini bergerak, kita seakan cuba untuk mencantumkan pelbagai insiden yang nampak tidak berkait tetapi mempunyai hint untuk menjawab siapakah pembunuh psikotik yang diteka. Sememangnya sebagai penonton, kita akan turut sama ber’forensic’ di dalam filem ni.

Walaupun elemen penyiasatan filem ni rancak macam beberapa filem Tamil yang pernah aku layan, aku rasakan ending filem ni sedikit rushing dan tidak memberikan peluang untuk penonton bernafas. Kadangkala, endingnya semacam sebuah kesimpulan yang terlalu keras dan tidak memberikan apa-apa kesan yang dalam pada penontonan selama 2 jam.

Apapun, aku memang rasakan yang Forensic ialah sebuah filem thriller penyiasatan yang memang cukup padu. Isi utama filem ni ialah tentang seorang manusia yang ada dua DNA. Hah, macam mana seorang manusia boleh ada dua DNA, maka korang kena layan Forensic.

Sebuah filem Malayalam yang tidaklah berat untuk bercerita tentang dunia forensic. Ringan tetapi cukup baik dalam elemen-elemen tipikal thriller yang sekaligus menjadikan penonton filem Tamil menyukainya. Forensic ada semua elemen filem thriller yang menjadikan filem ni antara naskah Malayalam yang cukup baik untuk berdiri dengan filem Tamil atau Bollywood seangkatan.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Ulasan Filem: War (2019)

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]