Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Anurag Kasyap
Pelakon | Saiyami Kher, Roshan Mathew, Amruta Subhash

Bayangkan, kalau kau tengah sesak nak duit, dan tiba-tiba kau dapati yang lubang paip dapur rumahh korang jadi tempat untuk duit keluar? Nampak macam pelik kan? Tapi, memang inilah yang menjadi premis penceritaan filem terbaru arahan Anurag Kashyap, Choked: Paisa Bolta Hai. Memang realitinya macam mustahil, tapi hakikatnya it’s happen.

Anurag Kasyap dan Netflix nampaknya sudah berkolaborasi melalui beberapa buah karya seperti Lust Stories, Sacret Games dan juga Ghost Stories. Korang yang selalu tonton filem arahannya juga akan perasan yang pengarah ini mempunyai penceritaan yang realistik untuk filemnya. Dan paling obvious, filem arahannya tak ada lagu.

Dibintangi pelakon yang memang jarang kita kenal seperti Saiyami Kher, Roshan Mathew, Amruta Subhash dan lain-lain, filem ni memang nampak seperti menonton sebuah drama yang kosong tanpa pelakon grade A. Tapi, walaupun pelakonnya bukan gred A, kualiti lakonannya tetap mantap dan boleh dipuji.

Ringkasnya, Choked: Paisa Bolta Hai mengisahkan tentang seorang cashier bank yang mana mendapati bahawa duit mengalir keluar dari paip yang berada di bawah sinki dapur. Sebagai seorang warga kelas sederhana dalam masyarakat, memang kehidupan Sarita yang sentiasa mencari nafkah untuk hidupnya berubah serta merta.

Filem ni berlatar belakangkan satu insiden pertukaran matawang pada 2016 dimana kerajaan India membatalkan penggunaan dua jenis wang kertas demi untuk menggagalkan pertukaran matawang dalam urusan haram. Tindakan kerajaan India yang tergesa-gesa ini menyebabkan rakyat India berasak-asak untuk menukar wang mereka! Namun, ramai yang tak sempat!

Choked: Paisa Bolta Hai berlatarkan tragedi itu dan kesannya terhadap masyarakat. Dan focus utama di dalam filem ni semestinya Sarita yang terlibat sebagai cashier bank yang menyaksikan bagaimana orang awam berasak-asak di bank demi menyelamatkan wang yang mereka ada.

Anurag Kasyap semestinya pengarah yang bijak dalam menceritakan kisah masyakat dan pada masa yang sama membuatkan penonton ternanti-nanti apa yang berlaku. Choked: Paisa Bolta Hai mempunyai naratif ringkas, dan mempunyai elemen komedi dan juga drama yang cukup baik untuk sebuah filem Netflix Original.

Lakonan pelakon baru yang Saiyami Kher sebagai Sarita memang mantap dan berkesan. Walaupun Saiyami Kher ni tidaklah mempunyai filem yang top di dalam filmografinya, lakonannya memang sesuai untuk filem sebegini.

Mungkin filem Choked: Paisa Bolta Hai tidak dapat berdiri setanding dengan filem Bollywood pawagam, tapi ianya ialah sebuah filem yang boleh dinikmati dan membawa kita ke satu titik sejarah India yang kita pun tak tahu. Durasinya tidaklah panjang dan cukup untuk dilayan sebagai sebuah filem ringan di kala bosan.

Choked: Paisa Bolta Hai ialah sebuah filem realism yang memang dibikin dengan gaya Anurag Kasyap. Filem yang menampilkan lakonan pelakon gred B yang mantap dan menyelusuri kehidupan manusia kelas pertengahan di India. Kisahnya ringan dan buat kita berfikir, bagaimana jika middle class person dapat duit dari langit, dan apa kita akan buat!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan