Ulasan Filem: Psycho (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Mysskin
Pelakon | ushayanidhi Stalin, Aditi Rao Hydari, Nithya Menen

Mungkin filem ni ialah filem yang memang paling btutal so far dalam senarai filem psycho Tamil. Genre psycho dalam filem Tamil ni bukanlah genre yang jarang muncul semenjak dua menjak ni. 

Filem Tamil mungkin antara industri filem yang punya senarai filem psycho yang cukup baik dengan plot twist yang cukup bikin geram! Dan Psycho muncul cuba untuk ubah hala konsep filem psycho yang dah digunakan dalam filem-filem sebelum ni.

Mysskin, pengarah yang memang dikenali dengan filem yang memang luar kotak memberanikan untuk change course untuk genre psycho. Tidak seperti filem psycho lain, konsep filem Psycho ni memang ringkas. Plot twist bukan mainan Mysskin. Kali ni, siapa psycho memang dah didedahkan awal-awal lagi. So, plot twist dah kurang!

Jadi, Mysskin ni taruk elemen lain. Elemen lebih berani yang jarang dicuba dalam filem Tamil iaitu elemen gore dan violence. Yup, bagi siapa yang tak tahan darah, filem ni memang bukan untuk korang. Banyak scene kerat kepala yang memang mengerikan dan non cencored. Memang inilah kekuatan Psycho yang tak ada dalam filem genre sama sebelum ni.

Psycho bermula dengan kisah seorang lelaki buta yang cuba mengorat seorang perempuan ni. Nak dijadikan cerita, pada satu malam pertemuan, perempuan idamannya ni diculik si lelaki psycho untuk dijadikan mangsa. Maka, bermulalah race against time untuk si buta ni untuk cari si psiko ni untuk selamatkan bakal girlfriend dia!

Korang mesti pelik kan, macam mana seorang lelaki buta jadi hero untuk filem ni dan selamatkan gadis sihat walafiat yang sedang dikurung lelaki psiko? Nah, inilah kekuatan filem ni. Karakternya memang luar biasa dan sangat unik. Bagaimana orang OKU jadi hero memang tak pernah kita saksikan lagi dalam filem Tamil.

Psycho mungkin ada kekuatan dalam memaparkan scene yang sangat unthinkable. Tentang bagaimana seorang si buta cuba untuk solve the crime. Nampak macam filem ni bikin sesuatu

yang tak realistik. Yelah, camne seorang buta boleh pergi nak selamatkan wanita dalam tahanan lelaki psiko. Confirm matilah! Tapi, inilah kelebihan Psycho. Filem ni memang menggunakan elemen unik ni untuk cipta babak-babak yang energetik dan cemas. Tidak seperti adaptasi Hush yang memang entah apa-apa tu, filem ni memang berjaya mencipta momen cinematic yang mungkin tak logik di reality tapi menjadi di dalam filem.

Dari segi kekurangan, mungkin watak hero buta kita ni macam kering sikit dengan emosi. Tapi, watak ini memang cukup baik untuk membawa kisah filem ni ke daerah yang penuh emosi dan juga rasa cemas. Memang filem ni berjaya untuk menceritakan tentang jiwa yang psiko dan juga punca yang menyebabkan seseorang tu jadi psiko.

Psycho ni mungkin kadangkala rasa dragging di satu dua bahagian. Yelah, kita dah tahu siapa pembunuh dari awal lagi. Tapi, konsep baru yang Psycho bawa ni mungkin tak diterima sesetengah penonton yang gemar plot twist. Pada aku, elemen gore dan violence serta watak-watak filem ni yang memang rare menjadikan filem ni ada pembaharuan untuk genre psycho.

Warning awal-awal kat siapa yang tak tahan darah. Skip filem ni. Kalau tak korang akan muntah. Sebab memang realistik gila babak pembunuhan dalam filem ni!

Catat Ulasan

0 Ulasan