Ulasan Filem: Mrs. Serial Killer (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Shirish Kunder
Pelakon | Jacqueline Fernandez, Manoj Bajpayee, Mohit Raina

Mungkin Drive ialah sebuah filem Netflix Original yang dilakonkan Jacqueline Fernandez yang memang gagal. Tapi, nampaknya pelakon ini seakan masih mencuba untuk menunjukkan kebolehannya melalui filem Netflix Original terbaru dari Bollywood, Mrs. Serial Killer. Filem thriller slasher bercampur komedi sikit ni nampak rare, tapi bukanlah terbaik untuk pelakon dari Sri Lanka ini.

Melalui Mrs. Serial Killer, Jacqueline Fernandez membuktikan yang kejelitaan kadangkala tidak mampu untuk menutup kelemahan dalam lakonan. Lakonan Jacqueline Fernandez dalam filem ni cuba untuk jadi senatural mungkin. Tapi, sayang sungguh apabila lakonannya tetap menjadikan filem Mrs. Serial Killer ni buruk.

Filem arahan Shirish Kunder ini menyaksikan gabungan Jacqueline Fernandez, Manoj Bajpayee dan Mohit Raina dalam sebuah filem slasher komedi. Aku sebenarnya tak nak label filem ni slasher komedi, sebab elemen filem ni memang brutal. Tapi, entah kenapa bila ada scene kung fu, campur dengan beberapa babak lucu yang entah pape, mungkin Mrs. Serial Killer ni tak sengaja telah mencipta komedi.

Basic plot filem ni ringkas. Ianya mengisahkan tentang Sona Mukherjee yang cuba untuk mempertahankan suaminya, seorang doctor yang dituduh menjadi pembunuh bersiri. Demi untuk membersihkan nama suaminya, Sona akhirnya cuba membunuh untuk duplicate pembunuhan demi membuktikan bahawa pembunuh sebenar masih diluar.

Filem ni memang penuh dengan warna yang cantik. Itu part yang aku suka dalam filem ni. Warna filem ni meriah dan cantik. So, walaupun ada elemen pembunuhan dan babak yang mengerikan, ianya tetap nampak soft dan tidak meloyakan.

Selain warna yang cantik, Mrs. Serial Killer juga mempunyai penceritaan yang cukup baik. Untuk sebuah filem komedi slasher, filem ni bercerita dengan cara yang menghiburkan. Penceritaannya ringkas, ringan dan kadangkala diselitkan dengan elemen gore yang ringkas. Penonton mungkin yang nakkan elemen gore berlebihan mungkin takkan capai hajat korang dengan menonton filem ni.

Mungkin satu aspek yang buruk di dalam filem ni ialah Jacqueline Fernandez sendiri. Pelakon ini seakan gagal untuk mencipta sebuah karakter yang baik. Dengan watak Sona Mukherjee di bahagian hadapan sekali, ianya menjadikan filem ni agak kurang padu dari segi lakonan. Watak lakonan Jacqueline Fernandez gagal!

Nasib baik, adanya Manoj Bajpayee yang akhirnya mampu untuk deliver salah satu kekuatan untuk filem ni. Walaupun kemunculannya agak kurang, sekurang-kurangnya, lakonannya tidaklah mengeruhkan lagi filem ni yang sudah disaluti dengan lakonan Jacqueline Fernandez yang buruk tu!

Harap muka je lawa, tapi sayang, Jacqueline Fernandez gagal untuk menyerlahkan sisi lakonannya. Mungkin takat muncul dalam lagu item song bolehlah. Nak jadi watak utama, abaikan sajalah. Lakonannya tiada improvement dari filem sebelum ni, Drive!

Mrs.Serial Killer ialah sebuah filem slasher komedi yang not bad. Boleh dilayan dengan penceritaannya yang ringkas beserta warna filem yang cantik. Ianya sebuah filem yang ringan. Kalau lebihkan gore dan violence mungkin filem ni akan lebih mantap. Tapi, untuk jadikan filem ni lebih baik, satu perkara perlu dilakukan iaitu bukan Jacqueline Fernandez sebagai watak utama.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan