Ulasan Filem: Malang (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Mohit Suri
Pelakon | Anil Kapoor, Aditya Roy Kapur, Disha Patani

Malang ialah sebuah filem romantik aksi yang mempunyai kekuatan di satu sudut, tetapi ada juga kelemahan di satu sudut. Entah kenapa, filem arahan Mohit Suri ni memang hebat dari segi plot twistnya tetapi ada rasa yang macam tak dapat nak dihadam apabila selesai menonton filem ni. Tambahan pula, dengan rasa filem ni yang sederhana saja, berani pula penerbit nak buat sekuel.

Menyaksikan Anil Kapoor memegang watak yang agak dark, filem ni memang memberikan ruang untuk aktor tersebut menyerlah di kalangan pelakon generasi Bollywood yang baru. Dibintangi juga pelakon masa kini seperti Aditya Roy Kapur, Disha Patani, dan Kunal Khemu, filem ni memang punya kekuatan dari barisan pelakon.

Secara ringkasnya, filem ni bermula dengan aksi pemburuan seorang pembunuh bersiri yang membunuh mangsanya tanpa motif. Inspektor Anjaney Agashe (Anil Kapoor) ditugaskan menyiasat kes ni. Tetapi, inspektor ni pun jiwa kacau sebab ada kisah silamnya yang buatkannya jadi pemabuk dan gagal menjalankan tugas dengan sempurna.

Pada aku, perjalanan separuh masa pertama filem ni dipenuhi dengan elemen romantik dengan selang seli babak pembunuhan yang boleh dikatakan menjadi antara kekuatan filem ni. Namun, pembunuhan dalam filem ni seakan-akan tenggelam dengan kisah love story yang menjadi tunjang kepada separuh masa pertama filem ni. Tak rasa sangat elemen thrill tu!

Separuh masa kedua ialah kekuatan filem ni. Selepas plot twist pertama filem ni terdedah, filem ni memang padu. Dengan adegan pembunuhan dan aksi diberatkan dan elemen romantik dihilangkan, Malang memang padu dan rancak. Tambahan pula aksi dan elemen thrillnya memang cukup dark dan menjadikan ianya cukup enak dinikmati.

Malang mungkin kelihatan tak gah dengan penceritaan yang kadangkala dragging di satu dua tempat. Tapi, dengan elemen thrill dan juga penyiasatan ala-ala bad cop kat dalam filem ni, ianya bukanlah sebuah filem yang teruk. Ada kekuatan yang boleh dilayan. Tambahan pula, lakonan Anil Kapoor memang rare dalam filem ni.

Filem ni memang agak daring dari segi aksi romantisnya. Korang faham-fahamlah maksudnya kalau daring tu. Ada scene yang bikini dan juga romantic yang agak new millennia gitu. Jadi, kalau korang tak berapa selesa dengan lakonan romantic sebegitu, mungkin korang akan rasakan Malang ni filem yang bukan untuk korang.

Aku suka filem ni sebab ianya paparkan elemen thriller yang cukup baik walaupun penceritaannya kadangkala meleret. Standardlah meleret ni kalau Bollywood. Cuma, lebih baiklah kalau filem itu cukup isi dan penuh dengan elemen yang menarik.

Pada aku, Malang ni memang sebuah filem yang cukup baik untuk penggemar thriller. One aspect yang aku suka ialah visualnya yang memang cukup memuaskan. Warna dan cinematografi cukup cantik. Malah, elemen slow motion serta penggunaan cahaya yang cukup baik menjadikan Malang berjaya memaparkan dark sidenya.

Sebuah filem yang memaparkan sisi baru Anil Kapoor dalam sekumpulan pelakon era baru yang cukup cantik gandingannya!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan