Ulasan Filem: Earth and Blood (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Julien Leclercq
Pelakon | Sofia Lesaffre, Sami Bouajla, Samy Seghir, Eriq Ebouaney

Pertamakali menonton trailer filem ni, ada nampak macam filem ni beraura Rambo: Last Blood. Setting yang mudah dan cukup ringkas, dengan janji bakal ada aksi yang memang buatkan penonton tak senang duduk. Earth and Blood berjaya mencuri tumpuan aku untuk menonton filem ni, tapi sayangnya, selepas ditonton, aku hanya mampu terdiam seketika.

Ringkasnya, Earth and Blood ni bukanlah kisah yang besar pun. Takde kaitan dengan bumi dan darah, tapi lebih kepada metafora tentang babak berdarah yang bakal disajikan. Walaupun filem ni ada tajuk yang berkaitan dengan darah, filem ni sebenarnya tak berdarah mana pun. Level darahnya tidaklah meriah dan tak menjijikkan.

Itu yang menjadi kelemahan filem ni. Ianya kurang padu dari segi gore dan violence, malah masih berlapik dengan penceritaan yang dirasakan agak dragging dan tidak penting. Filem yang memaparkan elemen cemas seharusnya lebih mementingkan babak cemas daripada cerita yang seharusnya lebih ringkas.

Filem ni berkisar tentang seorang tauke kilang balak yang terpaksa berhadapan dengan satu detik cemas apabila seorang pekerjanya telah mencuri 8 kilo dadah dari seorang ketua dadah. Apa lagi, bila geng dadah ni nak datang ambik balik 8 kilo dadah ni, tuan tanah terpaksalah mempertahankan tanahnya daripada ancaman!

Pada aku, naratif sebegini memang nampak penuh janji. Apa yang bakal tuan tanah buat untuk pertahankan kilangnya daripada serangan geng dadah ni memang ditunggu-tunggu. Tapi, nampaknya, semakin filem menghampiri akhir, Earth and Blood seakan berhadapan dengan masalah idea yang kering.

Banyak babak yang berlaku di dalam filem ni seakan tenggelam punca. Tanpa tindakan yang begitu umph dan memorable, Earth and Blood hanyalah sebuah filem yang memaparkan tindakan biasa seorang tuan kilang. Memang elemen pembunuhan itu ada, tapi tidaklah memorable dan cukup berbisa.

Walaupun begitu, filem ni memang sebuah filem yang memaparkan orang biasa versus orang jahat. So, basic filem ni tetap memberikan pengajaran yang tersendiri. Tapi, sayangnya, pengajaran tu ada tapi gagal dinikmati dengan lazat dalam filem yang hebat.

Pada aku, Earth and Blood masih perlukan improvement dari segi elemen gore dan juga kekuatan penceritaan. Pengarah dan penulis lakon layar seakan tenggelam punca untuk menggerakkan watak-watak yang dibina dalam lokasi yang agak minimal. So, itulah kelemahan ketara filem ni yang akhirnya buat aku berfikir panjang.

Bagi yang tak nak stress fikir jalan cerita yang panjang dan serabut, Earth and Blood mungkin untuk korang. Filem ni yang punya plot ringkas dan lokasi minimal mungkin antara kekuatan yang membuatkan aku suka filem ni. Tapi, di sebalik ringkasnya plot ni, kita hanya memerhatikan watak yang tidaklah luar biasa mana.

So, kalau nak expect kegilaan tahap Don’t Breath ataupun Rambo: Last Blood, korang pasti akan kecewa dengan filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan