HBO Max Bakal Tayang Versi 'Casino Royale' Lebih Panjang Dan Ganas

Filem James Bond versi Daniel Craig mungkin menjadi antara filem James Bond paling ganas dan kejam daripada filem sebelum ini. Bermula dengan Casino Royale pada 2006, filem James Bond sudah berubah arah dan menjadi lebih segar dengan filem-filem lakonan Daniel Craig. Kini, selepas 15 tahun, filem Casino Royale akan menerima sentuhan baru!



Phil Nobile Jr. dari Fandango mendedahkan yang HBO Max bakal menayangkan filem Casino Royale yang lebih panjang daripada apa yang ditayangkan di pawagam. Untuk makluman, filem Casino Royale sebelum ini terpaksa disunting sebelum ke pawagam untuk mendapatkan rating PG 13. Jadi, semestinya banyak babak ganas dan tidak dapat ditonton semasa tayangannya pada 2006.

Casino Royale merupakan filem pertama Daniel Craig sebagai spy. Filem ini juga merupakan filem pertama yang reboot filem James Bond selepas ianya berakhir dengan filem lakonan Pierce Brosnan, Die Another Day.

Daniel Craig dilaporkan akan kembali dengan filem terakhir sebagai James Bond, No Time To Die!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan