TRENDING

Ulasan Filem: Dangerous Lies (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Prof A Razak Mohaideen
Pelakon | Atu Zero, Reen Rahim, Yoe Parey, Ropie

Syif Malam Raya sudah mula menjengah ruang tamu rumah apabila filem yang dirancangkan tayang di pawagam pada 1 Syawal tertangguh kerana PKP. Jujurnya, aku lega. Sebab A Razak Mohaideen dah sedar, superhero bukan filem yang dia pandai buat.

Abaikan Badang, dan kita tutup mata. Lihat Syif Malam Raya sebagai filem baru yang menyatakan taubat pengarah ni untuk bikin filem seteruk tu lagi.

Syif Malam Raya ialah tradisi pengarah ni. Kalau dia tak bikin filem pasal raya, mungkin tak rimas duduk kot. Tapi, baguslah. At least, filem Malaysia ada juga untuk hari raya. Kan?

Berkisahkan tentang kisah dua sahabat yang diarah bawa mayat ke Ipoh pada malam raya, filem ni bergerak dalam dua naratif. Ada satu lagi kisah pasal pocong kacau kampung yang dicantum pada bahagian akhir cerita.

Namun, jujurnya, dua cerita ni macam gagal nak mix dengan sempurna. Nampak pelik dan janggal apabila watak-watak yang takde background story yang baik bercampur aduk macam Avengers tak cukup sifat. Mungkin kalau dikurangkan watak, ianya akan lebih baik.

Kalau bercakap pasal komedi, aku rasakan yang filem ni tidak mampu untuk deliver komedinya dengan baik. Lawak duo Zero boleh dilayan. Selamba walaupun punchlinenya tak berapa nak sampai.

Lawak Asif dan Yoe paling mengecewakan. Dua watak yang dijadikan bahan promosi filem ni nampaknya tidak dihidupkan dengan sempurna. Seakan cukup untuk tampal diorang ni dalam sebuah cerita yang takde diorang pun masih boleh dibikin.

Tapi, mungkin kerana pengarah ini mahu menaikkan Yoe dan Asif yang tidak kuat untuk berada dalam sebuah filem besar, banyak babak dibina mengelilingi dua watak ini lalu menenggelamkan plot utama.

Syif Malam Raya seakan kurang balance. Ceritanya ke sana ke sini tak tentu arah. Cuba untuk jadi komedi, kemudian tiba-tib shift gear jadi drama sedih. Tak masuklah. Rasa pelik dan cringe sangat.

Dari segi visual, filem ni masih kekalkan gaya A Razak Mohaideen. Macam layan drama tv dengan kelebihan ada pada penggunaan pencahayaan yang berwarna warni. Warna filem ni baik, aku suka. Tapi, visual, masih macam tengok visual Anak Mami versi digital.

Filem ni masih seakan punya roh filem A Razak Mohaideen di era kegemilangannya. Babak komedi yang tipikal, isu lapuk dan babak tipikal yang buatkan semua yang ada dalam filem ni tak fresh mana.

Mungkin korang tonton filem ni sebab Asif dan Yoe. Tapi korang takleh harapkan diorang berjaya bantu naikkan filem ni. Asif dan Yoe hanyalah gula-gula yang tak manis mana. Kalau buang diorang, filem ni masih boleh deliver.

Aku nampak, Syif Malam Raya meraikan dua pelakon Youtube ini. Tapi, sayang, mereka tidak menjadi. Dua pelakon ni berada di dunia asing yang tak berjaya buatkan diorang lebih gah. Nasihat aku, cukuplah berada di Youtube.

Syif Malam Raya ialah tipikal drama standard Razak Mohaideen. Syukur, takde Badang. Tapi, dari upgrade ke daerah baru dan cari cerita fresh, pengarah Anak Mami ni downgrade kembali ke era 90an dengan kisah yang memang orang dah bosan.

Theme dan cerita yang tak ada pembaharuan. Jika nak tonton pun, santai sajalah. Sebab filem ni sememangnya layak berada di tv, dan bukannya di pawagam.

Terima kasih PKP bawa Syif Malam Raya ke tv. Kalau di pawagam, siapa la nak layan. 

Rating 
Story : 3/10 
Lawak: 4/10 
Keseluruhan: 3.5/10


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Adegan Merokok Dalam 'Hantu Kak Limah' Cacatkan Filem?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: Zero (2018)

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Aadai (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]