TRENDING

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Maska (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Neeraj Udhwani
Pelakon | Prit Kamani, Manisha Koirala, Shirley Setia, Javed Jaferi

Setelah sekian lama, akhirnya, Manisha Koirala jejak kaki bikin filem untuk Netflix Original. Pelakon yang sememangnya tak dinafikan hebat di era 90an ini memang dinantikan. Apatah lagi dengan usianya yang sudah meningkat, pastinya ada sisi baru lakonannya yang boleh diraikan. Dan Muska memberikan penonton untuk menilai, adakah Manisha Koirala berbisa walaupun sudah lanjut usia.

Diarahkan oleh Neeraj Udhwani, Maska ialah sebuah filem yang santai. Plotnya takdelah segrand filem Bollywood dari pawagam. Ianya seakan-akan sebuah drama yang cuba untuk cantik pada visual, tetapi punya penceritaan yang cukup sekadar memenuhi kehendak. Orang panggil filem ni sebagai penyedap rasa je. Bukan main dish!

Maska memilih untuk bercerita tantang kulinari, diadun pula dengan kisah cita-cita anak India yang berangan nak jadi pelakon, dan rencah keinginan ibu bapanya yang nak si anak ikut legasi keluarga. Kesemua itu kemudiannya bercampur dan menjadilah sebuah hidangan filem yang dikenali sebagai Maska.

Secara ringkasnya, Maska bercerita tentang seorang remaja, Rumi yang mana bercita-cita untuk menceburi bidang lakonan dan mencipta nama besar di Bollywood. Tapi, ibunya pula mahukan Rumi untuk menyambung pekerjaan di Rustom kafe yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya. Rumi akhirnya berbelah bagi sama ada untuk menunaikan cita-cita ibunya atau cita-cita dirinya.

Di dalam filem ni, Manisha Koirala memegang watak yang setimpal dengan usia. Tetapi, tetap masih mampu memberikan persembahan yang cukup mantop! Watak utama filem ni, Rumi lakonan Prit Kamani pula diibaratkan sebagai lakonan yang fresh dan segar. Namun, dari satu sudut banyak lagi lakonannya yan boleh diperbaiki.

Janganlah anggap Maska ni macam filem Bollywood biasa. Filem ni kiranya level drama tv sahaja. Tanpa lagu dan durasi bawah 2 jam, filem ni memberikan momen yang cukup baik untuk sebuah filem drama. Cuma kadangkala, adalah di satu dua tempat dimana ianya terasa terlalu dragging dan membosankan.

One reason kenapa aku tonton filem ni hanyalah kerana mahu melihat lakonan Manisha Koirala. Keseluruhannya, aku puas hati. Masa kemunculan Manisha Koirala biasa-biasa. Tidak banyak sangat dan tidak terlalu sikit. Tapi, kemunculannya memang cukup baik dengan acting yang memuaskan sesuai dengan jiwa tuanya.

Aku cukup puji bagaimana filem ini diwarnai. Meriah dengan penggunaan warna tema kehijauan, Maska memang cukup menarik dari segi visual. Walaupun ianya masih belum sampai level filem Bollywood pawagam, tapi warnanya cukup untuk menjadikan filem ni nampak ada aura dari visualnya.

Pada aku, kalau korang nak tonton Maska di Netflix, jangan beri harapan yang tinggi. Filem ni ialah drama biasa. Drama kekeluargaan, tentang remaja dan juga keinginan untuk memenuhi kerjaya. Ianya tak banyak pun twist dan kejutan. Tapi, cukup untuk membuktikan yang Manisha Koirala masih hebat dalam lakonan.

Maska mungkin akan lingkup kalau tiada Manusia Koirala. Ianya lemah pada penulisan dan penceritaan. Tapi, nasib baik ada pelakon hebat yang melingkungi pelakon utama kita yang masih tak dikenali ramai.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Bulbbul (2020)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: The Man Without Gravity (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: The Old Guard (2020)

Ulasan Filem: Da 5 Bloods (2020)

Ulasan Filem: 7500 (2020)