Ulasan Filem: Love Wedding Repeat (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Dean Craig
Pelakon | Sam Claflin, Olivia Munn, Freida Pinto

Ramai orang cakap yang Love Wedding Repeat ni ibarat filem Happy Death Day versi romantik. Tapi, memang filem arahan Dean Craig yang pertamakali bikin filem ni memang agak mengecewakan bagi aku. Aku nampak yang filem ni cuba untuk jadi filem time loop yang rare lain dari yang lain, tapi sayangnya, tema time loop sukar nak dilarikan dari cara bikin biasa.

Di awal filem, aku harapkan yang filem ni akan jadi seperti filem lain. At least, filem ni akan ada aura seakan-akan Groundhog Days. Tapi, jauh. Jauh panggang dari api. Sebab filem ni tidak berjaya memberikan aura yang sehebat mana. Sayang sungguh, filem ni memang sebuah filem yang cukup slow dan memang membosankan.

Filem ni bermula dengan sebuah penceritaan daripada watak yang dikenali sebagai Oracle. Penceritaan bermula dengan sebuah naratif yang akhirnya membawa kepada satu upacara perkahwinan. Dan sepanjang filem ini, ianya berkisar tentang semua insiden di majlis perkahwinan tersebut.

Jadi, tang mana yang kata ada time loopnya? Time loop bermula apabila satu insiden pertukaran nama yang duduk di meja makan kenduri kahwin membawa kepada pelbagai insiden yang berbeza. Oracle membawa naratif yang berbeza untuk setiap susunan tempat duduk watak yang akan menentukan kepelbagaian cerita.

Idea yang menarik ini nampaknya cukup untuk memberikan persembahan yang jauh bezanya dari semua filem time loop yang lain. Tapi, sayangnya elemen time loop ni seolah-olah lambat untuk bermula. Dan di saat time loop yang dikawal oleh sang Oracle ini bermula, kita sudah mula bosan untuk menunggu dan menunggu.

Filem yang diaraptasi dari filem French, Plan de Table ini nampaknya memang tidak berjaya untuk menarik pernatian aku. Elemen time loop seakan perencah yang tidak dirasa dari awal. Tiada elemen yang menarik dan terlalu banyak repetition dan naratif yang berulang sehinggakan ianya tak nampak istimewa pun.

Ada beberapa babak dan watak yang cukup baik di dalam filem ni. Tapi, sayangnya, keseluruhan filem tidak mampu untuk menampakkan kekuatan beberapa watak ini. Ada joke yang cukup baik, tetapi tidak banyak untuk menampakkan kehebatannya.

Mungkin filem ni ada elemen romantik komedi yang baik. Tapi, penonton mungkin mula melupakan elemen time loop yang dicanang. Anggap saja filem ni sebagai filem romantik komedi biasa. Mungkin penggemar romantik komedi akan mulai suka. Tapi, jika difikirkan balik, Naked ialah rom com elemen time loop yang lebih hebat dari ni!

Love Wedding Repeat memang tak perlu repeat pun. Filem ni cukup untuk dilayan sekali bagi penggemar komedi romantik. Bagi yang nak tonton sebab nak tengok elemen time loop, abaikan saja kerana ianya sangat mendukacitakan.

Pada aku, filem ni cuba untuk memperbaharui elemen time loop yang sering kita tonton. Tapi, teknik penceritaan kisah sebegini sebenarnya tidak boleh lagi diperbaharui. Kekal pada cara asal, dan bina naratif yang fresh. Sayangnya, Love Wedding Repeat tidak mampu menampilkan penceritaan yang hebat.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan