Shah Rukh Khan Dan Salman Khan Bergaduh Di Pesta Harijadi Katrina Kaif


Walaupun dua pelakon ni kelihatan akrab dan punya filem yang menampilkan kedua-dua pelakon, mereka pernah bergaduh tau.

Pada 2008, dalam satu majlis harijadi meraikan Katrina Kaif, Salman Khan yang sedang mabuk membandingkan jumlah penonton rancangan tvnya dengan sebuah rancangan tv kelolaan Shah Rukh Khan.


Shah Rukh Khan pada ketika itu tidak ambik kisah pun. Tapi, api membara apabila Shah Rukh Khan tampil memberi komen tentang bekas kekasih Salman Khan, Aishwarya Rai yang akhirnya buat Salman Khan marah.

Dua Khan ini bergaduh pada pesta itu (takde terbang terbang dan bunyi dush dush!). Masuk pula sorang lagi Khan, Aamir Khan yang cuba bantu settlekan masalah dua Khan ni. Tapi, tak settle!

Salman Khan turut di tenangkan Akhsay Kumar dan Kareena Kapoor. Semenjak itu, pergaduhan ini memecah belahkan peminat. Wujudlah geng Salman Khan dan geng Shah Rukh Khan. Nasib baik takde agama Khan macam puak BTS sekarang.

Perbalahan ini kemudiannya selesai pada 2015. Masa tu, Nasir Bilal Khan belum sempat masuk campur. Sibuk gali kubur.


Berikut ialah foto yang dirakam selepas kedua dua Khan ini bergaduh di pesta harijadi Katrina Kaif.

Sumber: Google


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan