Sam Hargrave Beri Penjelasan Kenapa Kereta Proton Muncul Dalam 'Extraction'

Jarang sekali kita dapat tonton filem Hollywood yang memaparkan kereta Proton. Tetapi, di dalam filem Sam Hargrave, Extraction yang kini sedang panas di Netflix, kemunculan kereta Proton sangat menjadi perbualan terutamanya rakyat Malaysia yang menonton filem berkenaan. Walaupun sedikit sahaja masa kemunculan, ianya cukup bermakna.


Soyacincau telah menghubungi pihak filem Extraction dan bertanyakan tentang kenapa kereta Proton dipilih untuk muncul di dalam filem berkenaan. Mereka bertuah kerana pengarah filem tersebut, Sam Hargrave membalas soalan tersebut dengan senang hati.
Semasa membuat pencarian di Dhaka, Bangladesh dan di seluruh India, kami melihat banyak kereta Proton di jalanan. Untuk menjadikan cerita kelihatan seperti sebenar, kami mahukan kereta Proton banyak kelihatan di dalam filem ini. Terdapat juga beberapa kereta polis di Dhaka, Bangladesh yang menggunakan kereta Proton kerana kami mahu menggambarkan suasana sebenar di situ. Jadi semua ini untuk memastikan ia memberi pandangan sebenar dan asli di rantau itu.


Berlatar belakangkan negara Bangladesh, kenderaan Proton di dalam filem ini dipasang oleh syarikat PHP Automobiles. Lima model kereta Proton dipilih untuk muncul di dalam filem ini iaitu Saga, Preve, Exora, X70 dan Persona.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan