Pengarah Indonesia Arah Filem Aksi Jessica Alba Untuk Netflix!

Selepas berjaya dengan Extraction yang mencatatkan jumlah tontonan paling banyak untuk tayangan pembukaan di laman penstiman Netflix, nampaknya Netflix tak tunggu lama untuk bagi green light untuk filem aksi terbaru. Filem yang diberi tajuk Trigger Warning bakal menjadi filem terbaru bergenre aksi yang bakal hadir di laman penstriman berkenaan.



Filem ini dibintangi pelakon Jessica Alba sebagai pelakon utama dan bakal diarahkan oleh pengarah Indonesia, Mouly Surya. Mouly Surya dikenali dengan filem Marlina Dan Pembunuh Empat Babak yang berjaya mencuri tumpuan di Festival Filem Cannes.

Ini merupakan filem pertama Jessica Alba untuk Netflix Original. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan