TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
ENDING 'THE PLATFORM' EXPLAINED!
SPOILER ALERT!
Bagi yang dah tonton The Platform, ada yang faham ending dia, dan ada yang tak. Oklah, untuk simple, ending The Platform ni sebenarnya open untuk tafsiran.
Ini apa yang admin faham di ending filem ni.
1. Pertama kali, kita lihat watak Goreng (ya, nama dia Goreng, kau jangan gelak) ni dah naik level. Dia ada di tingkat 6. Tempat dimana dia dah boleh makan makanan selesa. Maknanya, leftover masih tak banyak. So, peluang makan makanan terbaik tu ada.
2. Tapi, Goreng ni pilih tak nak selesa di level dia. Dia tahu kesusahan orang bawah. Sebab dia dah ada pengalaman berada di level bawah. So, dengan rakan satu prison dia, Baharat dia merancang supaya makanan diagihkan pada level 50 dan ke bawah.
3. Simplenya, ianya ialah metafora kepada orang atasan, menteri , mahupun orang tinggi kerajaan yang tahu masalah rakyat. Menteri yang cuba untuk selesaikan masalah diumpamakan macam watak Goreng.
4. Tapi, kau akan nampak, ketika Goreng cuba nak bantu, sikap rakyat, especially yang kat level 50 ke bawah dah mula jadi liar. Semuanya gara-gara orang atasan dulu yang tak kisah pun orang bawah. Goreng ibarat pencetus revolusi, tetapi seperti digambarkan, revolusi sukar dicetuskan sebab sikap rakyat yang dah selesa dengan apa yang mereka ada.
5. Seperti filem, masyarakat level 50 ke bawah dah biasa dengan makanan yang mewah. Masyarakat bawah level 50 pula, dah biasa kelaparan, yang kemudiannya membawa kepada jenayah seperti kanibalisme.
6. Di endingnya, Goreng dan Baharat dapat idea dari seorang prisoner lain yang diorang tak mampu merevolusikan dunia dengan hanya berkata kata. Diorang perlu send message kepada orang paling atas di dunia mereka. Sebab tu, diorang pilih satu makanan untuk ditinggalkan di atas platform.
7. Orang atasan sebenarnya suka tengok makanan kat prison tu licin habis tinggal pinggan. Diorang tak kisah sengsara lain. So, if diorang hantar platform tu dengan satu jenis makanan yang dibiarkan tak dimakan, orang paling atas akan sedar dan tertanya tanya, apa yang tak kena dengan makanan tu?
8. Tapi, endingnya, makanan tu terpaksa Goreng kasi kat seorang budak di level 333. Level paling bawah. Dan in the end, Goreng hantar budak tu ke atas sebagai mesej menggantikan makanan dessert yang sepatutnya.
9. Kenapa budak tu? Kenapa tak Goreng sendiri? Sebab Goreng dah penat dan tak mampu buat apa untuk mengubah mindset prisoner (metafora masyarakat). Sebab tu, Goreng hantar budak tu supaya orang atas maybe sedar yang prison ni bukan hanya orang dewasa yang ada dan perlu disuap makanan. Tapi, budak under age yang perlukan makanan, education, life dan lain lain.
10. Overall, endingnya open. Bagi admin, endingnya seolah berkata bahawa orang atas perlu tahu bahawa orang bawah ada yang memberontak. Tapi, ditinggalkan di hujungnya, sama ada mesej itu sampai ke atas dan diambil tindakan, itu kita sendiri letakkan tanda tanya.
THE PLATFORM: BUDAK LEVEL 333 EXPLAINED
Perkara yang paling pening kepala untuk diexplen dalam filem The Platform ialah berkenaan budak di level 333. Baiklah, post ni khas berkenaan budak tu.
1. Budak bawah 16 tahun tak boleh masuk dalam penjara, why budak tu ada?
One of the theory yang kita boleh buat ialah budak itu wujud hasil dari persetubuhan ibunya dengan banduan lain. Budak tu dihasilkan dalam penjara, dan dia disembunyikan ibunya, maybe wanita yang sibuk naik atas platform tu di level 333.
2. Adakah ibu budak tu ialah wanita yang sentiasa ada di platform?
Ada dua teori...
Ya, berkemungkinan ini turut menjelaskan kenapa budak itu boleh survive di level 333. Kerana ibunya turun untuk bagi makan kepada anaknya sebelum kembali dimasukkan ke level lain.
Tidak, sebab tiada babak yang menyebut budak itu ialah anaknya.
3. Goreng hantar budak tu sebagai mesej. Adakah mesej tu sampai?
Tidak! Mesej yang nak disampaikan kepada orang atasan tak berjaya sampai. Keadaan penjara masih sama, even Goreng cuba rebel untuk ubah dunia.
Bukti yang menunjukkan bahawa mesej itu tak sampai ialah kerana adanya babak seorang chef marah sebab pina cotta dipenuhi rambut beberapa minit sebelum babak kemuncak.
So, orang atasan lebih sibuk dengan pina cotta yang tercemar daripada budak kecil yang dihantar Goreng. Objektif rebellion tak sampai, dunia tak ada perubahan.
What if, jika budak itu ialah ilusi Goreng dan Baharat?
Logik juga untuk berkata bahawa budak itu tidak wujud dan hanya sekadar ilusi Goreng dan Baharat. Menuju ke Level 333 memang lama dan penat, bergaduh lagi. So, what the eyes see, the mind believe.
Jika budak itu tak wujud, maka sebenarnya pina cotta berjaya dihantar ke atas. Tetapi, mesej pina cotta tu tetap tak sampai, sebab orang atasan sibuk benda remeh (rambut atas pina cotta) dari persoalan kenapa pina cotta tu tak dimakan.
So, terpulang pada korang untuk shape theory pasal budak ni. Mesej yang simple, di akhirnya, kita tahu, mesej Goreng tak sampai. Dunia tetap sama, penuh dengan orang atasan yang tamak dan tidak mementingkan orang bawahan.
Apa pendapat korang pula? Jangan kata filem ni tak best sebab pening. Memang filem ni sengaja dibuat untuk memeningkan korang. Sebab tulah filem ni bukan biashe biashe.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya. Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza. Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton. - - - - - - - - - Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat. Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2! HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2 Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]
Kabir Bhatia hadir lagi dengan sebuah filem tentang cinta. Pengarah ini diakui sememangnya mampu mengemudi filem bertema ini dengan sempurna. Lihat sahaja Nur Kasih suatu ketika dahulu yang menjadi fenomena. Pulang diinspirasikan dari kisah benar. Justeru, naskah Pulang semestinya mempunya gaya persembahan yang berbeza untuk menjadikannya unik. Artikel ini akan menghuraikan tentang filem ini secara keseluruhannya. Kami akan menghuraikan signifikannya ending filem ini dan kesannya terhadap penonton. Kita juga akan melihat apa yang ingin disampaikan secara tersirat oleh Kabir Bhatia melalui skrip tulisan Mira Mustapha ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mengandungi SPOILER MAJOR! - - - - - - - - - - HURAIAN FILEM ‘PULANG’ Kisah Pulang berlatar belakangkan Serkam pada tahun 1939. Di sini, kita diperkenalkan dengan watak Othman yang mana menjadi nelayan dan menjual ikan. Digambarkan Othman sememangnya digemari gadis
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?
Baba Yaga! Tentu korang pertamakali dengar berkenaannya dalam filem John Wick. Dalam filem tersebut, John Wick diibaratkan sebagai Baba Yaga. Kini, jenaka Baba Yaga kembali lagi dalam Ant-man and the Wasp. Di dalam filem ini, watak Kurt membandingkan kekuatan dan kehebatan watak Ghost seperti Baba Yaga. Bagi yang tak pernah dengar lagenda Baba Yaga, jenaka ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem John Wick. Tidak! Baba Yaga yang dimaksudkan tidak memparodikan John Wick. Baba Yaga ialah lagenda yang benar. Nah, kami kisahkan. Baba Yaga ialah makhluk yang dipercayai ada dalam lagenda cerita rakyat Rusia. Dia juga dikenali sebagai Baba Yaga Boney Legs. Ianya muncul dalam cerita rakyat dan digambarkan mempunyai gigi besi, boleh terbang, suka duduk di dalam lesung kayu dan kuat makan. Namun, rupanya berbeza-beza daripada cerita ke cerita. 'Baba' dalam bahasa Slavic bermaksud 'nenek' manakala 'yaga' bermaksud ketakutan. Lagenda Bab
Ulasan Filem: Boboiboy The Movie 2 (2019)
Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Nizam Razak Pelakon | Nur Fathiah Diaz, Nizam Razak, Fadzli Mohd Rawi Memang tak dinafikan, bila dengar je Boboiboy, pasti ramai yang menyangkakan watak ini hanya untuk kanak-kanak je. Filem sekuel kepada filem pertama yang terbit pada 2016 yang lalu ini nampaknya sebuah kebangkitan. Banyak perkara yang dah dibaiki. Tidak hairanlah, filem ni berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta filem tempatan. Korang tak perlu nak jadi penonton siri tv Boboiboy untuk melayakkan korang layan filem ni. Kau datang bawa otak kosong dan tak tahu langsung pasal Boboiboy dan juga musim-musimnya di tv pun, kau akan boleh layan. Ianya mungkin ada kaitan dengan siri tv, terutamanya untuk background character, tapi, plot filem ni berdiri dengan sendirinya. Alkisah Boboiboy The Movie 2 mengisahkan bagaimana Rentak’ka, yang merupakan penguasa asal kuasa elemental yang dimiliki Boboiboy memburu Boboiboy untuk mendapatkan kembali kuasanya. Kisahnya memang l
Comments
Post a Comment