TRENDING

Ulasan Filem: Dangerous Lies (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Miracle In Cell No. 7 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pelakon | Aras Bulut Iynemli, Nisa Sofiya Aksongur, Deniz Baysal
Pengarah | Mehmet Ada Oztekin

Diadaptasi dari filem popular Korea yang terbit pada tahun 2013 dengan tajuk sama, filem ini pasti membuatkan penonton ternanti-nanti aura sedih untuk versi kali ini. Sebelum ini, Miracle In Cell No. 7 sudah pun diadaptasi ke beberapa versi termasuk versi Kannada dan juga Filipina. Namun, adakah versi Turki ini berjaya mencuri perhatian?

Recently, memang banyak filem Turki yang singgah di Netflix. Nampak benar bahawa Netflix mulai tertarik untuk membeli filem di sana atas permintaan pelanggan mereka. Miracle In Cell No. 7 ialah satu daripadanya. Tidak dinafikan menyaksikan filem ini tanpa menonton filem asal memberikan rasa yang cukup hebat.

Filem Miracle In Cell No. 7 ialah sebuah filem yang memaparkan mesej hubungan anak dan ayah, masyarakat yang tidak berhati perut, dan sikap banduan yang cukup baik. Ianya ialah gabungan elemen-elemen yang padu untuk menjadikan filem ni sarat dengan momen yang boleh buatkan penonton sebak.

Ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki terencat akal, Memo yang terpisah daripada anaknya, Ova kerana satu insiden. Memo dimasukkan ke penjara dan bakal jalani hukuman gantung. Seorang banduan yang bersimpati dengan nasib Memo akhirnya mahu membalas jasa dan mahu menyeludup Ova ke dalam penjara untuk pertemuan kali terakhir.

Filem ni mungkin meminjam plot asas filem asal, tetapi filem Turki ini memilih untuk menambah perasa yang menjadikannya lebih dekat dengan penonton terutamanya yang beragama Islam. Selain bercerita tentang nasib banduan dengan cara santai, filem ni tidak lari untuk menyelitkan ayat Al-Quran dengan unsur nasihat. Itu elemen yang cukup bagus untuk adaptasi ini.

Babak sedih dalam filem ni tidak dinafikan memang banyak. Memang filem ni berjaya membuatkan lelaki tewas dengan air mata. Babak yang dibikin dengan moral dan juga jiwa sekaligus menjadikan adaptasi ini seakan lebih baik dari karya asal. Entah kenapa, versi Turki ini seakan berdiri lebih baik dari versi lain yang ada.

Lakonan pelakon utamanya, Aras Bulut Iynemli tidak dinafikan padu. Lakonannya sebagai lelaki terencat akal berjaya mencuri tumpuan. Lakonan Nisa Sofiya Aksongur pula sebagai Ova memang cute dan berjaya mewujudkan hubungan Memo-Ova dengan sempurna.

Tidak dinafikan yang filem ni ialah antara filem Turki yang layak dilayan seluruh dunia. Filem yang mana memperkenalkan lagi sisi filem Turki selain barisan francais filem seram Siccin, Dabbe dan lain-lain yang mulanya membuka mata penonton tentang kehebatan dunia filem Turki. Sekarang, sudah masanya kita melihat genre lain yang pembikin filem Turki ada untuk kita semua.

Versi Turki untuk Miracle In Cell No 7 ni memang versi air mata, dekat dengan penonton Islam, dan ada mesej yang lebih dekat dengan penonton Malaysia. Siapa kata sebuah filem non-muslim tak boleh diadaptasi sempurna ke dalam dunia Islam dan membawa mesejnya dengan baik dan sempurna? Filem ini buktinya.

Siapkan tisu dan kalau korang kuat menangis tu, siap sedia. Ianya memang sebuah filem yang menyentuh hati terutamanya jika yang tonton tu ialah ayah orang, dan juga yang bakal jadi ayah, atau pun yang menjadi isteri kepada ayah. Ah, semualah senang. Hahaha! Selamat menonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Adegan Merokok Dalam 'Hantu Kak Limah' Cacatkan Filem?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: Zero (2018)

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Aadai (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]