Ulasan Filem: Daulat (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Imran Sheik
Pelakon | Tony Eusoff, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Jasmin Suraya

Daulat, filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem yang mahukan sebuah nafas baru akhirnya ditayangkan. Pilihan untuk menayangkannya di platform iFlix ialah kerana sukarnya untuk melepaskan filem ni tanpa tapisan disebabkan content filem ni yang sensitive. Selain tu, maybe pengarah nak kekalkan bahasa kesat dalam filem ni yang menjadikan dialog filem ni lebih realistic.

Basicnya, Daulat ialah sebuah filem political thriller yang menggunakan realiti dan mengadunkannya dengan dunia fiksyen. Bagi yang mengekori perkembangan semasa, beberapa watak dalam Daulat semestinya akan mengingatkan kita kepada beberapa ikon politik. Hassan (Najib), Ali (Anwar Ibrahim), Malik (Mahadhir Mohammad), MUNA (UMNO), Wawasan (Pakatan Harapan), rasuah (1MDB) dan banyak lagi.

Tapi, jangan terlalu beratkan kepala fikirkan realiti yang diletakkan dalam kanvas fiksyen filem ni. Filem ni ibarat sebuah ramalan masa depan selepas PRU 14. Tetapi, sayangnya, semua sudah tahu yang ramalan filem ni confirm tak terjadi sebab Langkah Sheraton yang tak pernah dijangkakan pun akan terjadi.

Baiklah, aku menonton filem ni sebagai seorang penonton biasa. Orang biasa yang gemar menonton filem tanpa ada background belajar filem. Dan pada aku, filem ni seumpana alternative kepada reality semasa yang mungkin hanya terjadi dalam filem. Ideanya cukup menarik. Untuk melihat idea sebegini hebat untuk berada hanya di sebuah kaca smartphone agak mengecewakan, tapi nak buat macam mana kan.

Secara ringkasnya, filem ni bertunjangkan watak Suri (Vanida Imran) yang menjadi penyumbang idea kepada parti MUNA untuk mengembalikan kemenangan mereka selepas kalah dalam PRU 14. Suri menjadi penggerak filem ni apabila kita mengekori setiap percaturan Suri untuk menaikkan kembali Hassan sebagai perdana menteri Malaysia. Tapi, Suri ada something yang orang lain tak tahu. A twist beyond imagination yang terbaiklah!

Execution filem ni nampak separa baik sahaja. At one point, aku cukup suka dialog-dialog dan lakonan mantap Tony Eusoff dan Vanida Imran. Diorang berdua ni memang power habis. Vanida Imran dengan suara yang lembut tapi tegas. Tony Eusoff pula dengan lagak gayanya yang memang stylo dan meyakinkan.

Namun, entah kenapa, di satu sisi, filem ni nampak cheap. Ada sesetengah babak sekadar sebuah drama jam 7. Beberapa momen di dalam filem ni nampak tidak kemas dan lancar. Kadangkala, transition antara scene dalam bilik mesyuarat yang memang super hebat dengan babak-babak kekampungan macam tak masuk.

Tapi, itu hanyalah dari sisi kerja visual. Aku tak kisah sangat. Yang penting, aku enjoy filem ni sebab Suri. Suri berjaya mengkhayalkan aku dengan perancangannya yang licik. Dia ialah paparan wanita yang memang nampak lemah di mata Hassan tetapi sentiasa one step ahead di depannya. Memang karakter Suri cukup untuk menjadikan Daulat hebat.

Aku lebih gemar sebenarnya Daulat ini dijadikan beberapa filem. Babak ending filem ni memang terbaik jika ianya menjadi pemula kepada krisis baru dalam MUNA. Wataknya terlalu banyak untuk dibiarkan berada dalam satu filem berdurasi 1 jam 40 minit. Maybe lepas ni Daulat perlu ada siri mini untuk tambahkan lagi political game dalam filem ni.

So far, Daulat ialah modern political movie dari Malaysia yang buat percubaannya dengan baik. Of course ada kekurangan di sana sini, tapi Daulat aku memang suka. Ianya patut dibanggakan. Filem ni penuh dengan permainan politik yang kotor. Dan hakikatnya, walaupun realiti tak semua macam tu, pastinya ada satu dua berperangi syaitan macam dalam filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan