Sekuel 'Extraction' Dalam Pembikinan, Chris Hemsworth Bakal Kembali


Filem Netflix terbaru, Extraction kini sudah menjadi filem popular yang ditonton di laman penstriman tersebut. Filem ini kini berada di carta Top 10 di setiap negara. Rata-rata peminat filem berbincang pasal filem ini dan mengharapkan ada sekuel untuk filem ini.


Menurut sumber WGTC, dilaporkan bahawa Netflix sudah menandatangani satu perjanjian dengan Russo Brothers yang di dalamnya terkandung tentang sekuel filem ini. Netflix hanya menunggu sama ada filem ini berjaya atau tidak untuk memberikan lampu hijau untuk Russo Brothers membikin Extraction 2.

Pemilihan pengarah filem ini untuk memberikan ending yang samar-samar ternyata berjaya membuatkan penonton berteka-teki tentang nasib Tyler. Apapun, buat masa ini masih terlalu awal untuk menduga sama ada Netflix memberikan lampu hijau untuk sekuel kerana filem ini baru beberapa hari ditayangkan.

Jika filem sekuel ini jadi diterbitkan, diharap dapatlah didedahkan sedikit tentang latar belakang kehidupan Tyler sebelum menjalani misi. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan