Universal Studio Bakal Bikin Spin-off Watak John Cena Dari 'Fast & Furious 9'

John Cena kini sah sebagai sebahagian daripada pelakon filem Fast and Furious 9. Kejutan itu kini bakal memberikan aura baru yang menggantikan beberapa elemen yang hilang dari filem-filem Fast and Furious sebelumnya. Kehadiran John Cena juga bertindak untuk menggantikan tempat Dwayne Johnson yang tidak muncul dalam filem kesembilan ini.


Tapi, para peminat dikejutkan apabila didedahkan bahawa watak John Cena ialah watak jahat. Dari trailer, kita didedahkan bahawa watak Jakob ialah adik beradik kepada Dom yang mana tidak diketahui kewujudannya dalam filem Fast and Furious sebelum ini. Peminat nampak teruja untuk melihat bagaimana watak Jakob memeriahkan dunia filem lumba ini.

Jangan risau, dengar khabar, Universal Studio dah rancang untuk buat spin-off untuk watak Jakob. Wegotthiscovered melaporkan bahawa watak Jakob akan ada filem tersendiri sepertimana watak Hobbs dan Shaw. Namun, buat masa ini, tiada lagi berita rasmi berkenaan filem ini dari studio berkenaan.

Jika berita ini benar, maka ini mungkin bakal jadi batu loncatan buat John Cena untuk meluaskan kariernya. Apapun, Fast and Furious 10 bakal menjadi filem terakhir bagi filem Fast and Furious, mungkinkah watak Jakob akan dikembangkan dalam filem tersebut 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan