TRENDING

Ulasan Filem: Panipat - The Great Betrayal (2019)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Uncut Gems (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Josh and Bennie Safdie
Pelakon | Adam Sandler

Adam Sandler mungkin sudah kurang menyengat dengan filem di pawagam. Usianya sudah dewasa menjadikan aura komedinya sudah tidak sesuai dengan zaman. Tetapi, pelakon ini masih tetap berbisa dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Sebelum ini, kalau korang layan filem Murder Mystery, korang tengok Adam Sandler jadi pak lawak dan separa serius. Uncut Gems kali ni tidak lagi memaparkan Adam Sandler biasa.

Dalam Uncut Gems, kita diperlihatkan dengan sisi Adam Sandler yang sebelum ni tak pernah kita tonton. Lakonannya sebagai lelaki serius, si penjual permata yang akhirnya terperangkap dalam satu kemelut memang menjadikan Adam Sandler dipuji pelbagai pengkritik. Aku turut setuju jika dikatakan yang ini ialah lakonan terbaik Adam Sandler setakat ini!

Lakonan Adam Sancler nampak ganas dan berjaya menjauhkan elemen komedi dan watak tipikal yang selalu kita tonton. Pelakon ini berjaya berada dalam aura serius dan membentuk emosi luar biasa yang emang tak pernah diperlihatkan sebelum ni. Sekaligus membuktikan yang Adam Sandler masih berbisa jika ada ruang yang sesuai untuk wataknya berkembang!

Ringkasnya, Uncut Gems mengisahkan tentang berlian rare yang diperoleh Howard Ratner. Howard kemudiannya terlibat dalam satu kancah kemelut apabila berlian rare tersebut terlepas ke tangan seorang pemain basketball yang akhirnya menyebabkan kemelutnya makin hebat dan menyebabkan Howard terperangkap dengan masalahnya.

Filem Uncut Gems ialah sebuah filem yang straightforward. Ianya memang ringkas tetapi penuh dengan perjalanan kisah Howard Ratner yang memang berliku. Segala cabaran untuk Howard melangsaikan hutang dan juga masalah kewangan dirinya dipaparkan dengan penuh intense dan mendebarkan.

Adam Sandler menjadi tunggak utama filem ni. Sepanjang filem, watak lakonannya menjadi tunjang utama. Memang setiap masa, Adam Sandler akan muncul di skrin. Memang semua babak menjurus kepada watak Howard Ratner. Entahlah, kadangkala memang muak nampak muka Adam Sandler sepanjang filem, tapi itulah Uncut Gems.

Ending dia simple, tapi cukup mengejutkan. Aku memang tak sangka dengan ending filem ni. Too simple, tapi memang cukup meninggalkan kesan yang sangat deep pada emosi. Sekaligus, memang ianya cukup unpredictable dan buatkan aku tergamam, seriously!

Sebagai sebuah filem lakonan Adam Sandler, Uncut Gems memang layak dipuji. Lakonan Adam Sandler memang pada tahap paling hebat dalam kariernya. Penceritaan pula ringkas dan penuh dengan dialog yang baik. Visual tidak dinafikan memuaskan untuk sebuah filem level Netflix. Sekaligus menjadikan Uncut Gems sebuah filem yang sempurnauntuk levelnya.

Sebuah filem yang memang wajib tonton bagi yang suka Adam Sandler. Jangan bandingkan kualiti filem ni dengan Murder Mystery. Dua-dua ni berlainan aura dan rasa. Uncut Gems ada rasa yang lain daripada Murder Mystery tetapi dari situlah kita menyaksikan dua sisi berbeza manusia bernama Adam Sandler.

Memang terbaik dan memuaskan!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Misteri Dilaila' Tiru 'Vanishing Act', Ini 7 Babak Yang Disalin Secara Terus Oleh Syafiq Yusof!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: 6 Underground (2019)

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Spenser Confidential (2020)