Ulasan Filem: Thottappan (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Shanavas K Bavakkutty
Pelakon | Priyamvada Krishnan, Vinakayan

Thottappan ialah sebuah fielm Malayalam yang kini sedang bersiaran di Netflix. Filem ini menampilkan pelakon Priyamvada Krishnan dan Vinakayan dan juga pelakon hebat lain yang juga berkisar tentang perjalanan sebuah ayah angkat yang terpaksa menjaga anak sahabat karibnya selepas satu tragedy yang menimpa.

Filem ini bermula dengan drama dan juga elemen kekeluargaan yang memuncak. Ianya sebuah drama yang biasa kita lihat dalam filem Malayalam yang selalu kita tonton. Realistik dan juga memang cukup kuat untuk menzahirkan reality dunia masyarakat kampung di sana. Kalau nak tengok drama orang kaya, ini bukan filem korang!

Aku agak teruja dengan filem ni apabila melihat sebuah kawasan yang berlembah tetapi dihuni sekelompok masyarakat. Aku tak tahulah ini kawasan India yang mana satu, tapi tempat sebegini first time aku nampak dalam filem Malayalam. Mungkin ini juga pertamakali aku tonton filem Malayalam, so agak shock juga dengan beberapa perkara.

Pelakon utamanya, Vinakayan cukup hebat. Memang lakonannya sebagai pencuri dan penjaga kepada anak sahabat karibnya cukup real. Nampak dekat dengan reality dan penuh dengan warna karakter yang cukup meriah. Vinakayan berjaya meninggalkan kesan yang cukup dalam dalam menzahirkan watak seorang ayah yang terpaksa berkorban.

Permulaan filem ni memang baik. Boleh dikatakan yang separuh masa pertama filem ni cukup memuaskan. Elemen sedih, gembira dan juga komedi diselitkan dengan cukup rasa dan menjadikan filem ni meriah. Di separuh masa kedua, filem ni mula nampak macam flat sikit. Tapi, beberapa twist di dalamnya menjadikan ending filem ni boleh tahan.

Thottappan bukanlah sebuah filem yang boleh dikatakan cukup baik. Ada beberapa babak filem ni yang terlalu bosan. Namun, perjalanan kisah ini masih lagi sedap untuk dilayan kerana twist dan reality yang disajikan.

Tiada lagu yang dipaparkan dalam filem ni. Sepanjang 2 jam lebih filem ni ditayangkan, ianya tidak diselitkan dengan tarian. Memang filem sebegini tidak sesuai pun kalau letak nyanyi-nyanyi, jadi ianya ialah keputusan yang baik bila tidak ada lagu beserta tarian yang diletakkan dalam filem ni.

Sinematografi filem ni memang terbaik. Banyak gambaran kampung dari sisi-sisi yang jarang kita lihat dipertontonkan dalam filem ni. Suasana kawasan lembah yang memang dikelilingi kawasan berair juga cukup mengujakan untuk ditonton. Tempat sebegini jarang digunakan dalam filem. Apa yang Thottappan paparkan cukup membuka mata.

Walaupun filem ni berkisar tentang kisah tanggungjawab seorang sahabat karib terhadap anak rakannya, Thottappan seakan tersasar apabila cinta dan elemen lain seakan mengaburi elemen utama ini. Elemen kasih sayang bapa dan anak seakan sedikit hilang auranya, tetapi masih cukup baik untuk dilayan.

Thottappan ialah sebuah filem yang realistik bagi dunia sinema Malayalam. Filem ni nampak kotor dengan paparan persekitaran kampungnya, tapi itulah hakikat dunia mereka yang ingin ditonjolkan. Beberapa elemen yang kurang boleh diletakkan ke tepi. Apa yang penting, Thottappan ialah sebuah filem yang cuba untuk bercerita tentang kasih sayang seorang ayah angkat terhadap anaknya.

Dan di akhir filem ni, kita diperlihatkan bahawa sejahat-jahat mana pun seorang ayah, tanggungjawab terhadap anak itu tetap tidak dilupakan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan