TRENDING

Ulasan Filem: The Vast of Night (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Panipat - The Great Betrayal (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Ashutosh Gowariker
Pelakon | Sanjay Dutt, Arjun Kapoor, Kriti Sanon

Ashutosh Gowariker, seorang pembikin yang memang gemar menggunakan elemen sejarah dalam filemnya kembali lagi dengan Panipat. Tentu sekali filem yang memorable dari pengarah ini ialah Lagaan yang diterbitkan pada tahun 2001. Tapi, semenjak dua menjak ni, filem epic arahannya kelihatan agak kurang menyelerakan dan gagal menandingi filem epik arahannya di awal tahun 2000.

Filem terakhir Ashutosh Gowariker yang berentak epic ialah Mohenjo Daro. Filem yang menampilkan dunia awal peradaban itu nampaknya tidaklah terlalu hebat. Kini, selepas 4 tahun, Panipat pula menjadi buah tangan terbaru. Berentak epik perang penaklukan, aku harapkan filem ni mampu menampilkan kehebatan seakan filem Asoka.

Tapi, dengan zaman yang dipenuhi dengan kemajuan teknologi, Panipat masih gagal untuk mengembalikan kehebatan filem epik dari pengarah ini. Panipat seakan tidak berada pada eranya. Kelihatan seperti sebuah filem moden yang hanya wataknya bersarungkan pakaian era dulu-dulu. Taka da jiwa dan tidak realistik.

Secara ringkasnya, Panipat mengisahkan tentang Perperangan Panipat yang berlaku antara tentera pimpinan Sadashivrao Bhau dari Marathas dan juga raja Afghanistan, Ahmad Shah Abdali. Di sepanjang kisah, ada elemen cinta, drama dan juga twist yang ringkas untuk menghiasi filem ni yang berdurasi hampir 3 jam.

Sayang sungguh, Ashutosh Gowariker gagal menterjemahkan filem ni dengan baik. Filem ni sangat meleret di separuh masa pertama dengan penekanan diberikan kepada kisah percintaan watak Sadashivrao Bhau. Elemen cinta menenggelamkan elemen epik filem ni seakan-akan menonton filem cinta era moden yang biasa.

Filem ni bergerak fokus kepada bab utama filem pada separuh masa kedua. Watak Ahmad Shah Abdali diberi keutamaan dan cukup menarik menyaksikan Sanjay Dutt melakonkan watak yang memang tak pernah dilakonkan olehnya sebelum ni. Namun, pengkisahan kea rah perperangan di akhir filem agak meleret dan membosankan dan sangat mendatar.

Aku memang agak excited untuk menonton Sanjay Dutt sebagai Ahmad Shah Abdali, raja Afghanistan. Itu memang tujuan aku tonton filem ni. Tapi, masalah aku dengan lakonan Sanjay Dutt ialah dialognya yang gagal untuk menampilkan sisi ganas watak tersebut. Tabik springlah dengan rekaan kostum Ahmad Shah Abdali yang buatkan Sanjay Dutt nampak ganas. Sayangnya, lakonan Sanjay Dutt tidak seganas luarannya.

Kelemahan aspek CGI yang sangat ketara cukup menjadikan Panipat nampak buruk pada visual. Banyak adegan yang kononnya nak hebat dengan bantuan CGI dirosakkan dengan grafik CGI yang tahap rendah. Sayang sungguh. Di era 90an, filem epik seperti Asoka dan Lagaan berbekalkan prop realistik, tapi bila ada CGI sekarang, makin buruk pula filem epik era sekarang.

Honestly, Panipat gagal dari segi penceritaan yang meleret, lakonan Sanjay Dutt yang agak gagal menampilkan sisi ganasnya, dan juga CGI yang tak realistik. Hiasan elemen cinta dalam filem ni sepatutnya dikurangkan. Panipat seakan gagal melahirkan aura epiknya sekaligus menjadikan filem ni cukup mengecewakan untuk ditonton.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?

'Misteri Dilaila' Tiru 'Vanishing Act', Ini 7 Babak Yang Disalin Secara Terus Oleh Syafiq Yusof!

Ulasan Filem: Mardaani 2 (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: Forensic (2020)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Koleksi Tutorial Netflix Untuk Beginner [Wajib Tonton]

Pelakon Francais Filem 'Taxi', Dahulu dan Kini