Ulasan Filem: The Last Thing He Wanted (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Dee Rees
Pelakon | Anne Hatheway, Ben Affleck, Willem Dafoe

Sebenarnya, aku tak mahu pun layan filem ni. Tapi, terdetik pula nak layan sebab nampak barisan pelakon yang hebat macam Ben Affleck, Anne Hatheway dan juga Willem Dafoe. Selepas menonton filem ni, ianya ialah sebuah filem dengan gabungan artis hebat yang agak mengecewakan. Sayang sungguh, mungkin filem ni ialah ‘the last thing I wanted’ to watch.

Filem The Last Thing He Wanted ini mengisahkan tentang seorang wartawan yang mana membantu ayahnya untuk satu urusan jual beli senjata. Urusan yang dia tak pernah buat langsung. Tapi, demi ayahnya, dia buat juga. Apa yang terjadi seterusnya ialah dia terperangkap dalam sebuah plot yang dia sendiri tak jangkakan.

Filem arahan Dee Rees ini memang serabut. Banyak perkara yang nak diceritakan dalam satu filem sekaligus menjadikan filem ni agak berkecamuk dan serabut. Plot Anne Hathaway mungkin satu-satunya penyebab untuk aku terus menonton filem ni sehingga akhir.

The Last Thing He Wanted ni memang pointless gila. Memang mengelirukan dengan apa yang nak disampaikan. Dan di akhirnya, aku tertanya-tanya dengan apa yang terjadi. Memang ianya pembaziran dua jam yang memang sia-sia. Tapi, kalau korang nak layan juga, boleh saja layan tanpa banyak tanya.

Menampilkan Anne Hathaway sebagai watak utama filem ni, kita disaksikan dengan perjalanan wataknya untuk melakukan urus niaga yang menyebabkan dia terperangkap dalam satu komplot. Tapi, banyak persoalan dan juga plot yang memang tak ada arah tuju langsung. Seakan-akan watak Anne Hathaway ini dibiarkan bergentayangan tanpa arah tuju.

Lakonlayar filem ni gagal untuk memberi ruang kepada pelakon-pelakon gred A yang menghiasi filem ni. Ianya seakan-akan dibuat dengan malas dan tidak begitu spesifik tentang apa yang nak diceritakan. Sebuah filem yang kadangkala tidak kelihatan realistik dan penuh dengan babak-babak yang kelihatan biasa.

Walaupun filem ni punya lakonlayar yang teruk, pujian harus diberikan kepada Anne Hathaway yang memberikan lakonan yang memuaskan. Lakonannya memang antara yang paling menonjol dalam filem ni. Watak Ben Affleck dan Willem Dafoe seakan mengecewakan dan sia-sia. Terlalu mengecewakan bila Ben Affleck boleh terima untuk berlakon filem ni.

The Last Thing He Wanted ialah sebuah filem yang memang messy dan serabut. Apa kejadahnya awal-awal tu kita dipaparkan dengan dunia politik dan kemudiannya di tengahnya dimasukkan tentang geng senjata api. Watak seorang journalist tidak digunakan sepenuhnya untuk apa yang nak disampaikan.

Bagi yang ingin tonton, boleh siapkan bantal awal-awal. Ianya sebuah filem yang memang dragging dan nonsense. Tetapi, kalau nak rasa sedikit logik, boleh tengok watak Anne Hathaway dan pengakhiran watak tu. Dan selepas itu, kau akan cuba untuk fikir banyak kali untuk selesaikan beberapa persoalan, tapi confirm gagal.

Filem yang membuktikan yang dikala pengarah mampu menggabungkan pelakon gred A, lakonlayar yang sampah gagal menyelamatkan situasi filem ni. Nasib baiklah ianya filem Netflix. Kalau filem ni tayang di pawagam, boleh jadi rusuhan ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan