Ulasan Filem: Horse Girl (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Jeff Baena
Pelakon | Alison Brie, Debby Ryan, John Reynolds

Melihat kepada trailer filem ni, dan juga sinopsis, Horse Girl nampak macam menarik dan cukup untuk memberi rasa yang seronok untuk dirasai. Tetapi, Horse Girl bukanlah sebuah filem yang sempurna seadanya. Ada banyak yang kurang, tapi pada satu sisi lagi, filem ni masih memberi rasa yang baik. Pendek kata, ianya sebuah filem thriller sederhana sahaja. Kenapa?

Sebelum kita bercakap lebih lanjut pasal Horse Girl, secara ringkasnya filem ni berkisar tentang seorang wanita introvert yang dikenali sebagai Sarah. Sarah memang suka duduk seorang diri. Tapi, sampai satu masa, Sarah seakan mengalami mental illness. Dia dapat rasakan dirinya seperti diculik alien, dan paling pelik, dia rasakan dia ialah jelmaan neneknya.

First of all, aku nak beritahu siap-siapa yang filem ni tidak ada ending yang konkrit. Korang yang nak mengharapkan sebuah ending yang mudah, bolehlah move on dari tonton filem ni di Netflix. Ianya akan buatkan korang rasa ‘what the f’ dan in the end, korang akan stress dengan filem ni.

Bagi aku yang menonton filem ni, permulaan filem ni agak kabur. Tak nampak apa yang nak digambarkan pada awalnya. Agak kabur. Tapi, semakin filem ni ke pertengahan, filem ni nampak semakin baik. Watak Sarah menjadi tunjang dan perjalanan watak itu cukup baik untuk dinikmati dengan persoalan demi persoalan ditimbulkan untuk penonton.

Alison Brie yang merupakan penerbit filem ni dan juga penulis lakon layar filem ni memang menampilkan persembahan yang memang cukup baik. Seperti Uncut Gems, filem ni menampilkan watak Alison Brie sebagai Sarah sebagai tunjang utama. Banyak babak yang fokus kepada watak ini yang berubah dari introvert kepada sakit jiwa.

Memang ada babak yang unpredictable dalam filem ni. Aku cukup teruja dengan persoalan sama ada Sarah diculik alien atau tak. Tapi, di akhirnya, aku macam perlu fikir dua tiga kali untuk fahamkan idea yang disampaikan dalam filem ni. Last-last, aku end up baca ending explanation di website sahaja. Simple!

Penceritaan filem ni agak simple dan gagal untuk explain lebih dalam tentang masalah jiwa Sarah. Kadangkala, percubaan untuk menimbulkan persoalan di mata penonton berakhir dengan jawapan yang tiada berkesudahan. So, itu mungkin kelemahan besar filem ni. Terlalu banyak untuk mencipta penceritaan berat tetapi akhirnya tidak dihuraikan dengan baik.

Usaha untuk explore tema yang dalam dan juga berat melalui filem Horse Girl cukup disambut baik. Tapi, persembahan yang agak luar biasa, dan juga penceritaan yang agak ringan untuk sebuah filem berat gagal bergaul dengan baik. Ada banyak persoalan yang gagal dijawab dan kena fikir sendiri. So, kalau malas nak fikir, Horse Girl bukan untuk korang.

Horse Girl memang bukan untuk korang yang nak layan filem yang straightforward. Filem ni bukan untuk semua. Bukan kerana adanya adegan dewasa, tetapi adegan yang memang perlu fikir deep. So, aku tak rekemen kalau korang nak tonton filem ni sebagai filem popcorn. Filem ni perlu otak yang kuat, dan otak aku tak kuat! Hahaha.

Memang kecewa benar lepas layan filem ni!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan