Ulasan Filem: The Body (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jeethu Joseph
Pelakon | Imran Hashmi, Rishi Kapoor

Kalau korang pernah tonton Badla, mungkin korang boleh cuba untuk layan The Body. Apa persamaan dua filem ni? Walaupun dua filem Bollywood ni berbeza pengarah, ianya merupakan filem adaptasi dari pengarah asal yang sama. Yup, Badla dan The Body ialah adaptasi filem Spanish yang pernah box-office di negara asing.

Selepas Badla, The Body diterjemahkan dari pengarah Oriol Paulo. Auranya mungkin jauh daripada asal kerana The Body dilihat cuba untuk menggunakan plot filem asal dengan penambahan elemen tipikal Bollywood. Nak dikatakan The Body terjemahan yang hebat tidaklah juga. Ada beberapa elemen yang kurang, ada yang ok.

First thing, filem ni nampaknya menggabungkan lejen lejen dari dua era. Ada Rishi Kapoor dan Emran Hashmi. Ini ialah gabungan yang belum pernah aku tonton lagi buat masa ni. Agak rare apabila Rishi Kapoor menjadi seorang polis, manakala Emran Hashmi jadi suspek pembunuhan. Seperti dua rasa berbeza, digaul dalam satu periuk.

Walaupun Rishi Kapoor ini pelakon lejen, wataknya seakan-akan tidaklah meriah mana. Wataknya ok dan baik, cuma aku gagal untuk melihat sama ada pelakon ini layak dan sesuai memegang watak seorang polis yang ada background yang twisted. Emran Hashmi pula memang tenggelam habis, agak janggal dan tak menyerlah.

Dua pelakon lejen dalam watak yang agak kurang sesuai dan juga berjaya menimbulkan sisi masing-masing ini menjadikan watak utama filem ni agak kureng. Tetapi, lakonan mereka masih ada sisi-sisi yang baik. Aku suka Rishi Kapoor dalam beberapa watak. Cara dia ucapkan dialog memang padu. Emran Hashmi masih ada sisa-sisa filem pervert yang dia pernah berlakon dulu, kalau taulah. Kan…

Basically, kalau bercerita tentang plot filem ni, ianya sebenarnya mudah. Ianya dipenuhi dengan jalan yang berliku dan penonton hanya mahukan 5 minit terakhir saja yang bakal menjawab kesemua persoalan di dalam filem ni.

Jika Badla antara karta Oriol Paulo yang diterjemah cantik ke versi Hindi, The Body nampaknya sedikit mengecewakan. Aku nampak filem ni cuba untuk menampilkan babak romantik dan cinta yang begitu menggagalkan elemen thriller filem ini. Beberapa babak yang menggunakan lagu memang menyebabkan emosi thriller filem ni rosak.

Seperti filem asal, banyak babak-babak misteri filem ni yang buatkan kita fikir banyak kali tentang apa yang terjadi. Dan twistnya memang padu. Dan ianya satu-satunya penyelamat kepada perjalanan filem ni yang agak dirasakan panjang sangat walaupun filem ni hanyalah berdurasi 90 minit.

The Body ialah sebuah adaptasi yang biasa-biasa. Untuk penggemar filem thriller, mungkin The Body akan sedikit mengecewakan. Ada babak yang dragging dan menyebabkan pergerakan plot jadi lambat. Nak tunggu twist utama filem ni pun dirasakan agak lama.

Tapi, untuk melihat gabungan Rishi Kapoor dan Emran Hashmi, filem ni berani menampilkan gabungan pelakon yang agak rare. Walaupun chemistry dua pelakon ni macam tak masuk, menyaksikan dua lagenda dari dua zaman bergabung dalam sebuah filem thriller adalah sesuatu yang cukup enak disaksikan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan