TRENDING

Ulasan Filem: Panipat - The Great Betrayal (2019)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Two Popes (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Fernando Meirelles
Pelakon | Anthony Hopkins, Jonathan Pryce

Ini ialah sebuah filem yang memang agak jarang untuk diterbitkan oleh Netflix. Kisah di sebalik perjalanan dunia agama Kristian dan tempat suci mereka, Vatican City. Ok, mungkin ramai yang rasakan filem ni agak sedikit sensitif, tetapi, korang perlu tahu, ianya hanyalah sebuah filem tentang agama, dan bukannya mengajak seseorang kepada agama itu.

The Two Pope memang sangat simple, tetapi cukup untuk kita melihat bagaimana kisah agamawan tertinggi agama Kristian dan kehidupannya. Bukan untuk mengikuti atau menyanjung, tetapi sekadar untuk mengetahui dan lebih memahami.

Dicalonkan dalam kategori Lakonlayar Terbaik di Golden Globe Award, tidak hairanlah filem ni cukup menarik perhatian aku. Sebelum aku menonton, gula-gula Netflix yang menyajikan pelakon hebat Anthony Hopkins di hadapan tidak memukau aku untuk menonton filem ni. Tapi, gara-gara ianya tercalon dalam anugerah perfileman, maka aku give it a shot.

Ternyata, The Two Popes berjaya memberikan rasa yang memang jarang aku saksikan dalam filem Netflix. Ianya perjalanan yang penuh dengan dialog yang memukau, dan juga sebuah kisah yang senang difahami. Tak sangka, sebuah kisah yang ringkas boleh membuatkan aku rasa penuh penghayatan.

Diinspirasikan dari kisah benar, The Two Popes mengisahkan Pope Benedict XVI yang mana dihimpit dengan skandal seks. Dia berhasrat untuk turun dari jawatan Pope. Pada masa yang sama, seorang paderi, Jorge Margio ingin menyampaikan surat berhenti daripada menjadi ketua paderi. Lalu, Jorge Margio dan Pop Benedict bertemu.

Pertemuan Jorge Margio yang pada asalnya hanyalah untuk meminta ketua agama Kristian itu untuk menandatangani surat letak jawatan akhirnya berakhir dengan kejutan. Rupanya, Pope Benedict XVI mahu mencari pengganti selepas dia melatak jawatan dek skandal yang sedang berlaku.

Filem ini menyajikan lakonan Anthony Hopkins dan Jonathan Pryce yang memang cukup padu. Dua pelakon yang memang sudah berada di usia emas ini berjaya menampilkan lakonan cemerlang sekaligus menjadikan filem The Two Popes ini berbisa. Anthony Hopkins selayaknya memang berkredibiliti membawa watak ketua agama, manakala Jonathan Pryce pula menjadi sidekick yang sempurna.

Aku cukup gemar dengan babak perbincangan antara dua watak ini. Walaupun kebanyakan babak dibina dengan ringkas dan nampak chillax je, dialognya memang cukup bermakna dan memang sedap dilayan. Ternyata, lakonlayarnya dan dialognya bukanlah dibikin saja-saja dan ringkas, tetapi tetap berpandukan reference dari kitab Kristian sendiri.

Jangan risaulah kalau korang bukan Kristian nak tonton filem ni. Selayaknya, isu filem ni bukan tentang hebatnya agama Kristian. Malah, ianya bukanlah filem yang mengajak korang masuk Kristian. Filem ini memberatkan elemen persahabatan dan di sebalik kota Vatican dan perjalanan orang orang tertinggi dalam agama Kristian sahaja. Tak lebih dari itu.

The Two Popes memang ada jiwa. Ada momen yang memang padu. Berjaya sebak dan juga terharu. Melihat dari filem ni, kita dapat belajar bahawa siapa pun, tinggi darjatnya atau tak, tetap tak dapat lari dari masalah dan skandal. Dan di saat kita ingin jauh dari agama, ada saja kejutan yang akan bawa kita kembali mendekatinya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

10 Ayat Pendiding Yang Digunakan Dalam Filem 'Munafik 2' [SEBARKAN]

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Uncut Gems (2020)