Ulasan Filem: Thambi (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jeethu Joseph
Pelakon | Jyotika, Karthi, Sathyaraj

Kalau korang terpikat dengan lakonan Jyotika dalam filem Raatchasi, apakata give a shot kepada filem terbaru lakonannya, Thambi. Filem ni ialah filem bergenre thriller, lari dari filem kemasyarakatan yang dia bawa sebelum ni. Memang korang pun tahu, Jyotika pernah berlakon filem seram bersama Rajinikanth, tapi bagaimana dengan Thambi? Adakah ianya memukau?

Bagi aku, filem ni ada great twist, great acting dan juga penceritaan yang tidak meleret. Ianya sebuah filem yang cukup padat dengan elemen masala, thriller dan juga penceritaan yang baik. Diakhir filem, aku teringatkan filem Drishyam, filem lakonan Ajay Devgan yang mempunyai rasa yang sama dengan filem ini.

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan tentang Parvathy dan keluarga yang mana kehilangan abangnya dalam satu tragedi. Selepas lebih 15 tahun, abangnya yang hilang dijumpai. Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa abangnya itu sebenarnya bukanlah abangnya yang sebenar. Siapakah yang mengaku abangnya tu? Hah, korang kena layan.

Filem ni bermula dengan babak yang memang rancak. Ruang ringan-ringan dengan komedi lakonan Vicky hanyalah di fasa awal separuh masa pertama filem. Filem ini menjadi thriller yang bersar apabila semakin filem ni memasuki fasa dua, pelbagai twist dibuka. Sehinggalah akhir, filem ni memang sukar nak dijangka endingnya.

Memang ianya level filem thriller yang cukup memuaskan. Perjalanan menonton filem yang berdurasi lebih kurang 3 jam ini memang cukup rancak. Dengan twist, dan juga dialog yang memuaskan dan menghiburkan, filem ni berjaya memberi impak yang cukup baik dalam menyampaikan apa yang hendak disampaikan.

Jyotika tidak dinafikan lagi memberikan persembahan yang cukup mantap dan memuaskan. Reaksi wajahnya cukup menjadi dan sekaligus menghidupkan wataknya sebagai kakak yang kesedihan dek adiknya yang hilang. Sathyaraj juga penuh kejutan. Ianya watak yang cukup untuk menyelitkan unsur saspen.

Filem ni penuh dengan elemen kekeluargaan juga. Walaupun ianya thriller, mesej yang nak disampaikan cukup ringkas. Keluarga sanggup buat apa saja untuk pertahankan ahli keluarga yang ditimpa masalah. Ada elemen yang menyedihkan, ada elemen yang twist dia buat kita stress, dan ada elemen yang cukup rencah komedi.

Thambi memang cukup segala rasa untuk sebuah filem thriller. Ianya tak ada watak polis tau. Ianya bukan thriller pasal pembunuhan, jadi kita boleh expect yang babak aksi filem ni agak kurang sedikit. Tetapi, thriller filem ni terletak pada misteri setiap watak yang mempunyai motif tersembunyi dan saling perkaitan terhadap kehilangan adik kepada Parvathy.

Puas hati untuk naskah terbaru lakonan Jyotika ni. Filem yang begitu simple tetapi penuh dengan twist patah liuk. Unpredictable dan juga memang buatkan korang terkejut. Ditambah dengan visual yang cukup memuaskan, serta editing yang memang level tinggi, Thambi memang sebuah filem yang entertaining dan menghiburkan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan