TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Sky Is Pink (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Shonali Bose
Pelakon | Priyanka Chopra, Farhan Akhtar, Zaira Wasim

Bagi yang menggemari naskah bergenre biografi, filem The Sky is Pink ni memang sebuah filem yang patut korang masukkan dalam list tontonan korang. Filem yang menggandingkan pelakon Priyanka Chopra dan juga Farhan Akhtar ini bukan sahaja mampu bermain dengan emosi, tetapi cukup untuk menyampaikan apa yang dirasakan sebuah keluarga yang punya anak istimewa.

Filem ini berdasarkan kisah benar sepasang pasangan yang punya anak yang disahkan menghisap pulmonary fibrosis. Kisah dalam filem ini berdasarkan pengalaman dan suka duka sepanjang 25 tahun pasangan itu membesarkan anak istimewa itu yang sudah tahu ajalnya bakal tiba.

The Sky Is Pink bukan sahaja istimewa dari naskah penceritaannya. Ianya juga menampilkan lakonan mantap Priyanka Chopra selepas 3 tahun berehat dari industri Bollywood. Sudah pasti, penonton ingin melihat lakonan pelakon itu pasca perkahwinannya dengan Nick Jonas yang memang mengejutkan.

Filem ini mempunyai naratif yang cukup rasa untuk membawa penonton melihat ke dalam dunia Aisya Choudry. Voice over filem ni menggunakan dialog seolah-olah Aisya Choudry yang sudah meninggal bercerita semula tentang kisahnya dari somewhere else. So, kita dipaparkan dengan babak yang mencuit hati tapi kadang kala menjentik jiwa.

Aku cukup menyukai gandingan Farhan Akhtar dan Priyanka Chopra dalam filem ni. Farhan Akhtar yang sebelum ini berkecimpung sebagai pengarah filem membuktikan melalui filem-filem sebelum ini dan juga The Sky is Pink bahawa lakonannya memang cukup baik. Wajahnya yang memang sesuai untuk filem yang realistik sebegini memberikan filem ni nafas yang segar.

Priyanka Chopra pula semakin dewasa dengan lakonannya. Lakonan standard Bollywood dibuang jauh-jauh. Ternyata, pengalamannya dalam berlakon filem Hollywood banyak membantu untuk upgrade lakonannya sekembali dia ke arena Bollywood. Cukup menakjubkan menyaksikan pelakon hebat ini yang masih relevan di dalam industry.

Menyaksikan Zaira Wasim dalam filem terakhirnya, barangkali agak memilukan. Sayang sungguh, pelakon hebat yang diperkenalkan melalui filem Dangal ini memilih untuk berhenti berlakon kerana merasakan dunia perfileman seakan mengganggu jiwa agamanya. Apapun yang dia pilih, itu hak dia dan seharusnya dihormati.

Jujurnya, siapa pun yang ada anak yang istimewa pasti dapat relate filem ni dengan life yang sebenar. Walaupun penonton yang tonton ni masih belum ada anak, The Sky is Pink masih berjaya untuk menyampaikan mesej bahawa usaha untuk mendapatkan sesuatu yang baik ialah pengorbanan terpenting di dalam hidup.

Melodrama dan komedi bercantum baik. Dialog yang cukup berjaya untuk membuatkan penonton terkesima dan juga tersenyum. Juga lakonan mantap kesemua barisan teraju utama. Ini sekaligus menjadikan The Sky is Pink sebuah filem Bollywood yang tak harus ditinggalkan untuk dilayan. Masukkan dalam list dan layanlah jika ada masa.

Ianya sebuah roller coaster penuh dengan emosi. Apatah lagi filem ini ialah adaptasi kisah benar yang cukup syahdu. Ternyata, melalui filem ini, kita tahu bahawa tidak semua manusia ditakdirkan lahir dalam keadaan yang menggembirakan. Sesetengahnya diciptakan tuhan sebagai ujian buat orang yang normal.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Stephen Chow Sahkan 'Kung Fu Hustle 2' Kini Bakal Menjalani Pengggambaran

Marvel Studios Rancang Bangkitkan Semula Watak Thanos Dalam Filem MCU

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Remake 'The Raid' Versi Hollywood Kini Sudah Ada Sinopsis Dan Tajuk

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Ulasan Filem: War (2019)

Mark Ruffalo Bakal Ditawar Berlakon Dalam 'Parasite' Versi Siri TV

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Selepas Han, Gisele Bakal Kembali Dalam Francais 'Fast and Furious'